Arkib Berita



Jun   2019


  
SESI TOWNHALL
 Dikemaskini Pada: 6/27/2019
 

Pada 27 Jun 2019, satu sesi taklimat/townhall pelaksanaan kadar caj baru PPUM telah diadakan di Dewan Sekapur Sireh. Di antara objektif sesi townhall ini adalah memberi makluman awal mengenai pelaksanaan kadar caj baru yang tidak dikajisemula sejak 20 tahun lepas. Ia juga diharap dapat memberi pemahaman kepada staf PPUM agar memainkan peranan di dalam memberi maklumat serta mewar-warkan keperluan pelaksanaan kadar caj baru yang tepat serta betul kepada pesakit PPUM. Pelbagai soalan telah diajukan bagi penambahbaikan proses dan prosedur agar pelaksanaan ini lebih berkesan dan pesakit PPUM mendapat maklumat yang standard. Pihak Pengurusan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nazirah bt Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) turut hadir semasa sesi townhall tersebut.

...

  
LAWATAN KE UNIT INTRAOPERATIF RADIOTHERAPHY
 Dikemaskini Pada: 6/25/2019
 

25 Jun 2019 , PPUM telah menerima lawatan dari 25 orang tenaga pengajar bagi Program Radiografi dan Radioterapi, Institut Latihan KKM, Sg Buloh khusus bagi Kursus IntraOperative Radiation Therapy (IORT). Semua tenaga pengajar telah diberi pendedahan teori dan fizikal secara langsung dalam penggunaan sistem Intrabeam untuk prosedur IORT serta aplikasi klinikal dalam rawatan kanser. Kumpulan tenaga pengajar telah diketuai oleh En Chiang Cheng Kooi Ketua Program Radiografi & Radioterapi dan Pn. Santhekumari a/p Sithamparam. Manakala PPUM telah diwakili oleh Pn. Azleen Mohd Zain dan Prof Madya Dr. Rozita Abdul Malik yang bertindak sebagai penceramah dalam sesi perkongsian ilmu

...

  
MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PPUM 2019
 Dikemaskini Pada: 6/20/2019
 

Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan dan jasa para Jururawat terhadap masyarakat. Dengan bertemakan ‘NURSES: A VOICE TO LEAD - HEALTH FOR ALL’. Tema ini adalah bersesuaian memandangkan ia menggambarkan kekuatan suara Jururawat dalam memimpin dan memberi perawatan dari aspek kejururawatan kepada pesakit. Bagi meraikan Jururawat yang bertugas, Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat PPUM 2019 telah diadakan pada 19 Jun 2019. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal), PPUM. Terima kasih juga diucapkan kepada artis jemputan Zizan Razak kerana sudi hadir meluangkan masa dan menghiburkan para Jururawat di PPUM.

...

  
HARI PENDERMA DARAH PERINGKAT PPUM 2019
 Dikemaskini Pada: 6/17/2019
 

Pada 14 jun 2019, berlangsungnya Majlis Sempena Hari Penderma Darah Peringkat PPUM yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Yang Dihormati Professor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan. Berdasarkan statistik Jabatan Perubatan Transfusi, penurunan jumlah pendermaan darah sebanyak kira-kira 10% berbanding dengan tahun 2017 iaitu 24434 unit darah utuh dikumpul pada tahun 2018 berbanding dengan 27220 unit darah yang dikumpul pada tahun 2017. Menderma secara sukarela dan berterusan juga amatlah dihargai dan ia sangat bernilai harganya kerana mampu menyelamatkan banyak nyawa pesakit.

...

  
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ORIENTASI PEGAWAI PERUBATAN SARJANA SESI 2019/2020
 Dikemaskini Pada: 6/13/2019
 

Pada 13 Jun 2019, Majlis Perasmian Program Orientasi Pegawai Perubatan Sarjana Sesi 2019/2020 telah diadakan di Auditorium Menara Selatan, Tingkat 13, Bangunan Menara Selatan. Dianggarkan seramai 321 Pegawai Perubatan Sarjana telah menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Professor. Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Program orientasi ini akan diadakan selama 8 hari iaitu dari 10 Jun 2019 sehingga 17 Jun 2019.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my