Arkib Berita



Oktober   2017


  
INTERNATIONAL DAY FOR OLDER PERSON
 Dikemaskini Pada: 10/13/2017
 

Sempena Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada bulan Oktober, Unit Geriatrik PPUM mengambil inisiatif untuk mengadakan International Day for Older Person 2017 bagi menghargai warga tua dan mengajak orang ramai untuk bersama-sama cakna tentang kesihatan warga tua.

...

  
WORLD HEART DAY PERINGKAT PPUM 2017
 Dikemaskini Pada: 10/11/2017
 

Pada 11 Oktober 2017, sempena dengan World Heart Day pada 29 September yang lalu, sambutan World Heart Day Peringkat PPUM 2017 telah diadakan di Dataran Siti Khadijah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk aerodance (senamrobik), pameran booth, pemeriksaan kesihatan, permainan dan konsultasi kesihatan. Sambutan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit jantung dan bagaimana cara untuk mencegahnya, selain daripada mempromosi gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

...

  
KARNIVAL SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2017/1439
 Dikemaskini Pada: 10/10/2017
 

Sempena Karnival Sambutan Maal Hijrah 2017/1439, PEMANGKIN PPUM bersama kumpulan In Team telah menghiburkan pesakit di Wad Pediatrik dengan nyanyian nasyid dan kata-kata semangat, kemudiannya mengedarkan cenderahati kepada pesakit. Semoga usaha ini memberikan semangat kepada pesakit.

...

  
PELANCARAN MYREN-X
 Dikemaskini Pada: 10/10/2017
 

Malaysian Research and Education Network (MYREN) telah dilancarkan pada Mac 2005 dan kini dibawah tadbir urus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). MYREN merupakan rankaian berkelajuan tinggi khusus untuk memperluaskan sektor penyelidikan dan pendidikan di Malaysia. Projek ini menyokong hasrat negara untuk membangunkan masyarakat progresif berasaskan kemajuan sains dan teknologi.

Selaras dengan ucapan Bajet 2017, Kerajaan melalui KPT melancarkan MYREN-X untuk meningkatkan insfrastuktur jalur lebar MYREN di universiti awam dengan kapasiti sehingga 100 Gigabit sesaat. Inisiatif MYREN-X yang dilancarkan hari ini akan melengkapkan infrastruktur siber negara khusus bagi menyokong Lonjakan Ke-7 (Ekosistem Inovasi) dan Lonjakan Ke-9 (Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Perkakasan, perisian, capaian internet dan sumber-sumber MYREN-X telah dirangka untuk menyokong transformasi berterusan dalam aktiviti akademik khususnya dalam inovasi pembangunan penyelidikan dan pendidikan.

Pada majlis ini, PPUM telah diwakili oleh En. Iskandar bin Ahmad (Timbalan Pengarah Pengurusan), Prof. Madya Dr. Azura binti Mansor (Timbalan Pengarah Ikhtisas) dan En. Yahaya bin A. Hamid (Ketua Jabatan Perhubungan Korporat).

...

  
PERASMIAN KARNIVAL SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2017/1439 PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 10/4/2017
 

Bermula 3 Oktober 2017 sehingga 6 Oktober 2017, PEMANGKIN PPUM telah mengatur pelbagai aktiviti termasuk ceramah agama, forum dan pameran dalam program Karnival Sambutan Maal Hijrah 2017/1439 yang merupakan sebahagian program Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PPUM. Ayuh kita sama-sama menambahkan pengetahuan agama sambil memeriahkan program ini.

...

  
LAWATAN DAN SUMBANGAN MAYBANK
 Dikemaskini Pada: 10/2/2017
 

Pada 30 September 2017, pihak Maybank telah menyampaikan sumbangan Sleepers Chair sebanyak 15 unit kepada wad pediatrik PPUM, dan juga menceriakan pesakit dengan mengedarkan cenderahati, yang turut disertai oleh karakter-karakter adiwira yang diminati kanak-kanak.

...

  
LAWATAN DAN SUMBANGAN OLEH KDU (PJ) PRE UNITED CLUB
 Dikemaskini Pada: 10/2/2017
 

PPUM berbesar hati dengan kesudian KDU (PJ) Pre United Club untuk mengadakan lawatan ke wad pediatrik PPUM dan menyumbang Central Venous Line, Urine Dip Test dan alatan pembelajaran ke Sekolah Dalam Hospital.

Aktiviti kelab yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar KDU (PJ) ini amat kami hargai dan semoga ianya memberikan pengalaman yang berharga kepada pelajar-pelajar ini.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my