Butiran Berita


  
MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN HARI RAYA PPUM
 Dikemaskini Pada: 7/17/2018
 Pada 14 Julai 2018, berlangsungnya Majlis Hari Keluarga PPUM dan Sambutan Hari Raya PPUM bertempat di kawasan letak kenderaan Dewan Peperiksaan Universiti Malaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Datuk Seri Ir. Mohamad Othman Zainal Azim, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Prof Dato’ Adeeba Kamarulzaman dan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik diadakan seperti cabutan bertuah, sukaneka dan pelbagai lagi.Majlis bertambah meriah apabila ramai kakitangan turut hadir bersama ahli keluarga serta mengambil bahagian dalam acara dan aktiviti yang dijalankan.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan kakitangan PPUM.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my