Butiran Berita


  
KEMENANGAN CTWARRIORS
 Dikemaskini Pada: 4/22/2019
 

Ucapan Tahniah di atas Pencapaian Anugerah Emas dan Anugerah Team Excellence Muda Terbaik di Konvensyen Mini Team Excellence (MTEx) 2019 Wilayah Tengah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) dari Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan di atas kejayaan merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Team Excellence Muda Terbaik di Konvensyen Mini Team Excellence (MTEx) 2019 - Wilayah Tengah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah berlangsung pada 18 April 2019. Pasukan tersebut yang dikenali sebagai CTwarriors telah membentangkan projek kualiti bertajuk “CT Chest Abdomen Pelvis (CAP): Optimising Contrast Media Based on Body Weight and Bolus Tracking Method”. Konvensyen Mini Team Excellence merupakan satu platform yang memberi peluang kepada kumpulan Penambahbaikan Kualiti di semua agensi kerajaan dan swasta untuk mempersembahkan projek penambahbaikan mereka yang mana projek yang dihasilkan mampu memberi impak yang positif kepada organisasi serta meningkatkan imej organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Untuk makluman, dengan penganugerahan ini, Pasukan CTwarriors akan bertanding sekali lagi di Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) 2019 pada bulan Julai ini.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi di atas pencapaian tersebut.

Link paparan video di Youtube :

https://youtu.be/BWT94Ohgejo
https://youtu.be/q288_0rzkyc

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my