Butiran Berita


  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 3/31/2016
 30 Mac 2016

Hari ini telah berlangsung Majlis Penghargaan Perkhidmatan PPUM 2016 hari pertama yang meraikan warga PPUM yang telah dinilai sebagai pekerja cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi tahun 2015. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM hadir merasmikan dan menyampaikan anugerah kepada 336 orang penerima warga PPUM yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan. Dari jumlah itu, 29 penerima adalah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala baki 207 penerima adalah dari kumpulan Pelaksana.

Pada tahun ini, Anugerah Khas Pengarah telah diberikan kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Nahar Azmi bin Mohamed, Ketua Jabatan Perubatan Kesukanan dan Puan Maznah binti Isa, Pengetua Kolej Sains Kesihatan PPUM. Manakala Anugerah Khas Sukan telah disandang oleh pasukan bola sepak PPUM iaitu PPUM FC. Anugerah khas ini diberikan atas pencapaian memberangsangkan sepanjang tempoh perkhidmatan penerima.

Turut hadir sama meraikan para penerima anugerah pada hari ini, adalah Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan PPUM....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my