Butiran Berita


  
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA DAN RENJI HOSPITAL
 Dikemaskini Pada: 4/25/2019
 

Pada 17 April 2019, PPUM dan Renji Hospital yang bergabung dengan Shanghai Jiao Tong University School of Medicine telah menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi penempatan klinikal untuk melatih pakar-pakar perubatan dan staf sokongan klinikal PPUM untuk memulakan perkhidmatan pemindahan hati terutamanya pesakit pediatrik di PPUM. Bagi pihak PPUM, perjanjian telah ditandatangani oleh YM Prof. Tunku Kamarul bin Tunku Zainal Abidin, Pengarah PPUM manakala Renji Hospital oleh Prof.Li Weiping, Presiden Renji Hospital. Diharap penempatan klinikal ini akan menambah kepakaran PPUM di dalam perkhidmatan pembedahan bagi pesakit pediatrik yang mengalami masalah hati (hepatobiary) dan tidak perlu lagi dirujuk ke luar negara.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my