Butiran Berita


  
NOCERAL - LAWATAN TOP GLOVE
 Dikemaskini Pada: 5/26/2017
 

24 Mei 2017

Pada hari Rabu (24 Mei 2017) kami telah mengadakan lawatan ke Top Glove untuk membincangkan mengenai projek usahasama bersama NOCERAL. Kami telah bertemu dengan Encik Wong Chong Ban yang merupakan Pengarah Eksekutif (Pembuatan) di Top Glove dan bersama team R&D beliau untuk membincangkan bagaimana mereka boleh membantu kita mereplikasi saluran darah bagi tujuan latihan mikrosurgeri. Selama ini, kita menggunakan tikus makmal bagi tujuan tersebut. Jika projek ini berjaya, pergantungan kepada tikus ini akan dapat dikurangkan.

Pengarah PPUM secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Lim Wee Chai, pengerusi dan pengasas Top Glove Group of Companies yang juga ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya kerana memulakan inisiatif ini dan juga kerana menyokong penyelidikan dan latihan klinikal kami.

Kami berharap inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyak ruang kerjasama pada masa hadapan.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my