Butiran Berita


  
LAWATAN MINISTRY OF HEALTH AND WELFARE, TAIWAN KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 2/6/2018
 

Pada 5 Februari 2018, delegasi dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan telah mengadakan lawatan ke PPUM. Delegasi telah diketuai oleh En. Dr. Chung Liang SHIH, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan. Turut mengiringi beliau adalah Dr Yuan-Nian HSU Ketua Pegawai Eksekutif Hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Pentadbiran dan Dr. Yueh-Ping LIU Pakar Teknikal Kanan Hal Ehwal Perubatan.

Lawatan adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dari segi kepakaran kesihatan, latihan serta kerjasama di antara PPUM dan Kementerian Kesihatan Taiwan. Mereka juga ingin mempromosikan Program Pembedahan Global terutamanya di dalam bidang kardiovaskular surgeri, minimal invasif ''''''''reconstruction'''''''', pemindahan organ serta pembedahan invasif bagi Ginekologi dan sebagainya. Semoga lawatan dan kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my