Butiran Berita


  
MAJLIS PENUTUP MINGGU HALUAN SISWA 2018 DAN MAJLIS IKRAR PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SESI 2018/2019
 Dikemaskini Pada: 7/17/2018
 Pada 12 Julai 2018, Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa 2018 dan Majlis Ikrar Pelajar Program Diploma Sesi 2018/2019 telah diadakan di Auditorium Menara Selatan, Tingkat 13, Bangunan Menara Selatan. Dianggarkan seramai 214 pelajar telah mendaftar yang terdiri daripada Program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin. Para pelajar telah menjalani minggu haluan siswa selama 5hari dan pelbagai perkongsian serta maklumat telah dikongsikan bersama untuk kegunaan mereka sepanjang 3 tahun pembelajaran di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Program Diploma Sesi 2018/2019.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my