Jabatan Perhubungan Korporat



Jabatan Perhubungan Korporat bertanggungjawab membantu PPUM mengekalkan hubungan positif dengan pihak berkepentingan, terutamanya bersama pelanggan serta hal-hal lain yang berkaitan dan ditugaskan untuk membangun dan meningkatkan imej dan reputasi PPUM di peringkat setempat, nasional dan antarabangsa. Jabatan ini juga bertanggungjawab menguruskan dan mengatur hal ehwal komunikasi dalaman dan luaran bertujuan untuk mewujudkan imej positif PPUM di kalangan pihak berkepentingan.

1. Seksyen Pentadbiran & Aduan

  • mengurus dan melaksanakan tugasan pentadbiran dan aduan pelanggan
  • mengendali urusan telefon dan faksimili
  • menyediakan laporan bulanan aduan untuk Mesyuarat Lembaga Pengurus
2. Seksyen Pengurusan Acara & Media
  • mengurus majlis dan lawatan rasmi
  • menyediakan cenderahati
  • menyelaras perjumpaan, dialog dan sidang media
  • mengeluarkan kenyataan akhbar
  • menyelaras kandungan paparan dan siaran media cetak, elektronik dan sosial
  • iringan tetamu kehormat
3. Seksyen Hal Ehwal Islam & Kebajikan
  • mengendalikan urusan jenazah islam dan kebajikan pesakit muslim
  • menjalankan pengajaran dan aktiviti kerohanian
  • menerbitkan risalah keagamaan
  • menyelia keperluan surau-surau di PPUM
4. Seksyen Khidmat Pelanggan
  • mengendalikan konsol operator bagi penyambungan talian, dan menyediakan maklumat am PPUM
  • membantu sistem komunikasi semasa bencana

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2018

1. Food for the Needy dengan kerjasama PEMANGKIN PPUM

Program Infaq Pemangkin (Food for the Needy) adalah salah satu program anjuran bersama Jabatan Perhubungan Korporat dan Pemangkin PPUM untuk membantu staf yang benar-benar memerlukan bantuan keperluan makanan asas mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Program ini mula diperkenalkan pada 5 Oktober 2018.

2. Latihan Komunikasi Berkesan untuk Staf PPUM

Jabatan ini telah menganjurkan latihan komunikasi berkesan kepada staf-staf PPUM yang memerlukan bimbingan berkaitan. Latihan ini berfungsi untuk meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi staf barisan hadapan kepada para pelanggan.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my