Jabatan Kejuruteraan



Bertanggungjawab merancang, menentukan dasar dan seterusnya melaksanakan serta memantau dasar-dasar di bawah program utama yang telah dipertanggungjawabkan.


Aktiviti utama Jabatan Kejuruteraan merangkumi:
  • Perkhidmatan kemudahan kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik) dalam dan luar bangunan termasuk kerja-kerja pengubahsuaian ruang PPUM
  • Penyelenggaraan bangunan
  • Fasiliti dan kemudahan am (pengurusan linen, pembersihan dalaman dan pengurusan sisa klinikal/kimia)

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kejuruteraan:

1. Penyelenggaraan dan Khidmat Kejuruteraan

  • Memberi khidmat kerja penyelenggaraan dan pembaikan bagi sistem dan peralatan kelengkapan Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Elektronik termasuk pengubahsuaian dan pemasangan sistem baru.
  • Mengendalikan secara 24 jam Loji-loji Perkhidmatan Pusat seperti Pendingin Hawa, Loji Kuasa Elektrik (Janakuasa Tunggu Sedia dan Sistem UPS-Uninterruptible Power Supply), Sistem Bekalan Air Panas dan Sejuk, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Penghantaran Hampagas (Pneumatic System) dan lain-lain sistem yang terdapat di PPUM.
  • Memberi khidmat teknikal/kejuruteraan kepada PPUM bagi merancang dan melaksanakan projek pengubahsuaian dan pembangunan (menyediakan maklumat teknikal dan pemantauan projek sehingga siap).
  • Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan bagi mewakili perkara-perkara kejuruteraan/teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Suruhanjaya Tenaga, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dll.
  • Penyelenggaraan kenderaan PPUM.
  • Memberi khidmat pembersihan luaran bangunan PPUM.

2. Fasiliti dan Kemudahan Am

  • Pengurusan Linen pesakit dan pakaian seragam staf
  • Pengurusan pembersihan dalaman
  • Pengurusan sisa klinikal dan sisa kimia
  • Percetakan dan pengurusan mel
  • Pencucian cermin aras tinggi
  • Kawalan serangga dan makhluk perosak

3. Pembangunan

  • Mengkoordinasikan dan melaksanakan Projek Fiskal Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  • Mewujudkan satu sistem perantaraan dan pelaksanaan projek yang bersepadu serta mengawal selia projek pembangunan dan peningkatan sistem dari semasa ke semasa.
  • Penyelaras bagi projek Pembangunan PPUM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) JAbatan Perdana Menteri.
  • Urus Setia Jawatankuasa Pembangunan PPUM.

4. Pentadbiran

  • Urusan khidmat dan kebajikan staf
  • Pengurusan perolehan dan kontrak penyelenggaraan
  • Urusan pentadbiran dan kewangan
  • Pengurusan stor
  • Proses permohonan pembaikan

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my