Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik



Ditubuhkan pada tahun 2015, Unit Perkhidmatan Makmal Diagnostik (UPMD) adalah unit sokongan klinikal yang dianggotai oleh Pegawai Sains dari pelbagai makmal di Jabatan Patologi, Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Jabatan Perubatan Transfusi. Semua Pegawai Sains adalah terlatih dan diperakui dalam pelbagai bidang khusus seperti kimia klinikal, hematologi, genetik biokimia, diagnostik molekul, toksikologi, sitogenetik, mikrobiologi, perubatan transfusi, sitopatologi dan histopatologi. Rujuk Lampiran A untuk Carta organisasi (fungsi) UPMD.

Fungsi utama kami adalah menguruskan rujukan sampel pesakit ke makmal diagnostik luar PPUM dan bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Point of Care Testing (POCT). Klik Lampiran B untuk Carta Organisasi Jawatankuasa POCT PPUM.

Jadual di bawah menerangkan fungsi UPMD secara terperinci.

Fungsi Utama

Perkhidmatan Sokongan Makmal

  • Perancangan dan pengurusan pembangunan kerjaya bagi Pegawai Sains
  • Perancangan dan pengurusan program latihan profesional dan pemantauan prestasi bagi Pegawai Sains
  • Perancangan belanjawan, sumber manusia dan perolehan
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Point-of-Care Testing (POCT) dan lain-lain apabila diperlukan
  • Pengurusan rujukan sampel pesakit ke makmal diagnostik luarĀ  PPUM
  • Menjadi rujukan untuk perkhidmatan sokongan saintifik dan teknikal

Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti berikut:

  • Sistem Maklumat Makmal (LIS, HIS/eMR)
  • Penyelidikan dan pengembangan ujian makmal
  • Kompetensi, orientasi dan latihan kakitangan
  • Pengurusan aktiviti akreditasi makmal
  • Pemantauan pencapaian objektif kualiti makmal
  • Mengatur perkhidmatan makmal diagnostik termasuk perancangan belanjawan, sumber manusia dan perolehan
  • Pengurusan aset, penyelenggaraan peralatan makmal, keselamatan makmal, kawalan kualiti dalaman dan luaran

 

1. Rujukan Sampel Pesakit ke Makmal Luar PPUM

Kami menyokong pakar klinikal PPUM dalam merujuk ujian makmal yang tidak ditawarkan di PPUM ke makmal luar di Malaysia dan luar negara yang telah terakreditasi. Pasukan kami akan menguruskan sampel dan keputusan ujian, serta memantau prestasi makmal rujukan secara berkala untuk memastikan keperluan pelanggan kami dipenuhi. Semua keputusan ujian akan dipaparkan di iPesakit. Lampiran C proses permintaan ujian ‘referal Laboratory (outsource)’

Pegawai untuk dihubungi:

Nisya Mohamed Yusoff
nisya@ummc.edu.my
No. Tel.: 03-7949 2794

Muhamad Faris Ya’akob
mfaris@ummc.edu.my
No. Tel.: 03-7949 2577

 

2. Pengurusan Peralatan & Perkhidmatan Point of Care Testing

UPMD, bersama-sama dengan Jawatankuasa POCT PPUM, bertanggung jawab dalam menyokong pengenalan, penilaian, penempatan, penyelenggaraan, kawalan kualiti, latihan dan pemantauan peranti dan perkhidmatan POCT di PPUM.

Untuk pengenalan alat POCT baru, sila rujuk prosedur di Lampiran D.

Pegawai untuk dihubungi:

Shanmuganathan Arumugam
shanmuganathan@ummc.edu.my
No. Tel.: 03-7949 2784

Muhamad Faris Ya’akob
mfaris@ummc.edu.my
No. Tel.: 03-7949 2577

  1. Penganjuran Bengkel Phlebotomy
  2. Penglibatan dalam Bengkel Penambahbaikan Kualiti
  3. Penglibatan dalam Bengkel LEAN Management
  4. Latihan alat POCT kepada doktor dan jururawat
  5. Sesi bersama Pegawai Perubatan baru semasa program orientasi



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my