Jabatan Kualiti dan Perkembangan Perubatan



Nama Jabatan Kualiti telah ditubuhkan pada 2 Februari 2012  dan ketika itu Jabatan ini dikenali sebagai Quality System Management Unit (QSMU). Nama Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal digunakan pada 1 November 2015. Mulai 15 Mac 2018, Jabatan Kualiti dan Perkembangan Perubatan dan dibahagikan kepada Bahagian Pengurusan Kualiti dan Bahagian Pengurusan Risiko Klinikal. Ini adalah selaras dengan penambahan fungsi dalam pengurusan laluan kerjaya dan perkembangan profesion perubatan di PPUM.

Penstrukturan semula telah dibuat pada 2 Mac 2020, di mana Bahagian Perkembangan Perubatan telah dikeluarkan dari fungsi Jabatan Kualiti dan dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Profesional & Perkembangan Perubatan. Jabatan Kualiti kembali sebagai satu entiti yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan memantau program kualiti berkaitan perkhidmatan di PPUM. Sehubungan itu, Jabatan Kualiti tidak lagi terlibat dengan program perkembangan profesion perubatan Pegawai Perubatan Siswazah.

Fungsi utama Jabatan Kualiti adalah memastikan Dasar Kualiti PPUM dilaksanakan dengan menggembleng semua keupayaan dan potensi sumber untuk menghasilkan taraf Pendidikan, Perkhidmatan Kesihatan, Penyelidikan dan Pentadbiran yang berkualiti tinggi. Dasar ini akan direalisasikan oleh setiap staf melalui komitmen untuk penambahbaikan yang berterusan dalam pelaksanaan sistem kualiti terkini.

Objektif Jabatan :

  1. Menerapkan budaya kerja berkualiti di bawah pelaksanaan Dasar Kualiti PPUM.
  2. Memastikan pengurusan keselamatan pesakit dan risiko klinikal dilaksanakan secara berterusan dan efektif untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
  3. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti serta usaha jaminan kualiti untuk memastikan perkhidmatan di PPUM bertepatan dengan piawaian dalam dan luar negara.

 

Hubungi Kami

Jabatan Kualiti
Tingkat 1, Bangunan KPSK
Pusat Perubatan Universiti Malaya
59100 Kuala Lumpur

Tel : 03 7949 4332 / 3473 / 2887

Perkhidmatan / Prosedur Yang Ditawarkan (Terkini)

Jenis perkhidmatan yang disediakan

Di antara dua (2) perkhidmatan utama yang disediakan di bawah Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan Kualiti
    1. Audit kualiti dalaman termasuk pelantikan Pengurus Kualiti Jabatan (DQM) dan Auditor Dalaman.
    2. Akreditasi dan pensijilan.
    3. Pengurusan dokumen kualiti
    4. Penambahbaikan kualiti dengan memantau perkembangan dan menganalisa pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PPUM, objektif kualiti, petunjuk kualiti Clinical Quality Assurance (CQA), Petunjuk Malaysia Patient Safety Goals (MPSG), Petunjuk Prestasi Standard MSQH dan projek penambahbaikan kualiti secara berkala.
    5. Menjalinkan kerjasama strategik  dengan Hospital Pengajar yang lain seperti menyediakan draf standard University Hospital Standard in Quality (UHSIQ) di bawah Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM).
    6. Menjalankan kursus/latihan dalaman/seminar/bengkel di peringkat jabatan.
    7. Tugas-tugas kesetiausahaan dan keurusetiaan
  2. Pengurusan Risiko Klinikal
    1. Pengurusan dan pemantauan risiko dan insiden klinikal.
    2. Penggubalan dasar, polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan keselamatan pesakit.
    3. Mengkoordinasi data indikator kualiti klinikal, laporan mortaliti/ morbiditi, laporan insiden klinikal dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan penambahbaikan kepada proses kerja klinikal.
    4. Menambahbaik pengurusan keselamatan pesakit dan risiko klinikal dengan menggunapakai Modul Agency for Healthcare Research and Quality (AHRQ).
    5. Mengadakan latihan untuk staf berkaitan dengan pengurusan risiko klinikal dan keselamatan pesakit.
    6. Tugas-tugas kesetiausahaan dan keurusetiaan berkaitan dengan isu klinikal.
    7. Tugas-tugas khas semasa endemik/pandemik di PPUM.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my