Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar



Pengenalan Jabatan

Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar ini telah diluluskan penubuhan oleh Lembaga Pengurus PPUM pada 29 April 2020 dan tarikh jabatan ini berkuatkuasa adalah pada 6 Julai 2020. Jabatan ini melapor terus kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) PPUM.

Fungsi utama jabatan adalah:

  1. Penyelarasan Dasar
  2. Perancangan Strategik
  3. Keurus setiaan Mesyuarat
  4. Khidmat Pengurusan Korporat

 

Hubungi Kami (alamat jabatan dan nombor telefon)

Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar
Aras 2, Bangunan Kompleks Pendidikan Sains Kejururawatan (KPSK),
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
59100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-7949 3373
Fax : 03-7949 2030

 

Perkhidmatan Jabatan

1. Penyelarasan Dasar

  1. Meneraju penggubalan dasar berhubung core business PPUM
  2. Mengkaji, menyemak dan menyelaras hal-hal berkaitan governan PPUM
  3. Melaksanakan segala urusan berkaitan statut, dasar, polisi, skim, peraturan dan pekeliling dalam dan luar PPUM
  4. Mengurus dan menyelaras isu berkenaan hak milik, asas penubuhan dan pewujudan PPUM dan menyimpan maklumat yang berkenaan
  5. Penjenamaan semula organisasi
  6. Pengurusan dan pemakaian logo dan kepala surat rasmi PPUM


2. Perancangan Strategik

  1. Mengkaji dan membangunkan model pengurusan strategik PPUM
  2. Memantau pelaksanaan Pelan Strategik PPUM


3. Keurus setiaan Mesyuarat

  1. Merancang, mengurus dan mengendalikan mesyuarat:
  2. Mesyuarat Pentadbiran PPUM
  3. Mesyuarat Polisi Dalaman


4. Khidmat Pengurusan Korporat

  1. Menguruskan penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan PPUM (LTPK PPUM)
  2. Mengurus penyediaan dan penyelarasan Kertas Jemaah Menteri PPUM
  3. Pengurusan pendaftaran dan pengemaskinian jawatankuasa sedia ada dan baharu di PPUM
  4. Mengurus dan menyelaras semua Memorandum Persefahaman (MoU) dan Kontrak di PPUM
  5. Menyelaras hal ehwal program/aktiviti rasmi PPUM seperti Majlis Dialog dengan Pengurusan
  6. Mengendalikan faks keluar masuk menggunakan system Faxcore

 

Aktiviti Jabatan:

  1. Majlis Dialog Khas bertajuk Memperkasa Hala Tuju PPUM 2023 Menerusi Pelan Strategik 12 (2021-2025) pada 28 Februari 2023
  2. Majlis Dialog Bersama Pihak Pengurusan PPUM Tahun 2022 Secara Atas Talian pada 16 November 2022
  3. Lawatan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan penubuhan Ahli Lembaga Pelawat Hospital pada 26 Januari 2023 (Khamis) dan 31 Januari 2023 (Selasa)
  4. Taklimat Penyediaan Laporan Perkhidmatan PPUM Tahun 2022 pada 13 Disember 2022
  5. Taklimat Berkenaan Pengurusan, Penyelarasan dan Penyimpanan Memorandum Persefahaman (MoU) / Kontrak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) secara atas talian pada 07 November 2022
  6. Perkongsian maklumat “Fungsi dan Peranan Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar, PPUM Bersama Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia HPUPM Secara Maya”, pada 18 Disember 2020 (Jumaat), 10.00 pagi.
  7. Mesyuarat Pentadbiran PPUM secara bulanan
  8. Mesyuarat Polisi Dalaman

 

6. Gambar berformat JPEG disertakan

Majlis Dialog Khas bertajuk Memperkasa Hala Tuju PPUM 2023 Menerusi Pelan Strategik 12 (2021-2025) pada 28 Februari 2023

2. Majlis Dialog Bersama Pihak Pengurusan PPUM Tahun 2022 Secara Atas Talian pada 16 November 2022

3. Taklimat Penyediaan Laporan Perkhidmatan PPUM Tahun 2022 pada 13 Disember 2022

4. Lawatan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023 (Khamis)

5. Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 31 Januari 2023 (Selasa)

6. Taklimat Berkenaan Pengurusan, Penyelarasan dan Penyimpanan Memorandum Persefahaman (MoU) / Kontrak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) secara atas talian pada 07 November 2022

7. Perbincangan Bersama HPUPM secara maya

8. Mesyuarat Pentadbiran PPUM Secara Hybrid Bersama 60 Ketua Jabatan/Unit

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my