Jabatan Keselamatan



Unit Keselamatan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan keselamatan, peraturan lalulintas, pasukan tindakan kecemasan dan siasatan.

Unit ini memberi perkhidmatan selama 24 jam sehari bagi menjaga keselamatan Pusat Perubatan UM (termasuk aset), staf, pelajar, pesakit dan juga pelawat di dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Unit Keselamatan
Ground Floor Menara Utama
Pusat Perubatan University Malaya
59100 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

No Telefon : 03 74942439

Di antara perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Keselamatan ialah :

  • Kawalan Dalam Bangunan. Bahagian ini berfungsi membuat kawalan statik dan rondaan serta melaksanakan tugasan pemeriksaan keselamatan dalam bangunan.
  • Bahagian Kawalan Trafik Dan Lalulintas. Bahagian Kawalan Trafik dan Lalulintas berfungsi dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan trafik dan kawalan lalulintas di dalam Pusat Perubatan UM dan memastikan kelancaran trafik dan lalulintas.
  • Bahagian Sistem Keselamatan. Bahagian ini berfungsi memantau dan mengendalikan semua sistem keselamatan di dalam Pusat Perubatan UM. Sistem keselamatan yang dipantau ialah  Kawalan  Akses, Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan alat perhubungan komunikasi.
  • Bahagian Siasatan Dalaman. Bahagian ini berfungsi membuat siasatan dalaman berkaitan insiden keselamatan. Bahagian ini juga bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.
  • Bahagian Eskot. Bahagian ini bertanggungjawab mengiring pelawat-pelawat kenamaan yang hadir bagi tugas atau lawatan rasmi di Pusat Perubatan UM.
  • Bahagian Pengurusan Kunci Keselamatan. Bahagian ini beperanan memberi perkhidmatan kunci keselamatan fizikal kepada semua staf di Pusat Perubatan UM. Bahagian ini juga memastikan semua staf mematuhi peraturan penggunaan kunci dan juga  penyelenggaraan semua anak kunci.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my