Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE)



Secara dasarnya Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) telah beroperasi secara rasminya pada 02 Februari 2012 dibawah Jabatan Kualiti.

Panel Pembangunan Sumber Manusia yang bermesyuarat pada 07 Jun 2016 telah meluluskan pengasingan Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan daripada Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal (perubahan nama Jabatan Kualiti kepada Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal mulai 1 November 2015)

Unit ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Keselamatan Pekerjaan & Alam sekitar, Bahagian Kesihatan Pekerjaan dan Bahagian Keselamatan Perlindungan & Kebakaran. Dibawah bahagian kesihatan pekerjaan, terdapat juga Klinik Kesihatan Pekerjaan yang terletak di Aras G, Menara Utama.

Unit OSHE, Aras G, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya
03-79496847 (Bahagian Pentadbiran)
03-79492027/3730/2948/3832

Unit ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Keselamatan Pekerjaan & Alam sekitar, Bahagian Kesihatan Pekerjaan dan Bahagian Keselamatan Perlindungan & Kebakaran. Berikut merupakan fungsi Unit OSHE:

  • Menguatkuasakan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta & Peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan alam sekitar.
  • Pemeriksaan & pemantauan fasiliti termasuk persekitaran yang berkaitan dengan hazard-hazard di tempat kerja seperti Biologikal, Kimia, Fizikal, Ergonomik, Psikologikal.
  • Mengumpul, menganalisis dan mengurus data-data insiden/ kemalangan (hazard pekerjaan) serta pelaporan kepada Pengurusan PPUM dan Jawatankuasa JKKP PPUM
  • Menjalankan siasatan / pemerhatian / bagi aduan atau laporan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk alam sekitar di tempat kerja untuk penambahbaikan berterusan.
  • Saringan kesihatan penyakit pekerjaan dan pemantauan kesihatan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Klinik Kesihatan Staf
  • Pengurusan Bencana Dalaman (Kebakaran) bagi melaksanakan program pencegahan kebakaran di PPUM
  • Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berkaitan keselamatan kebakaran dan perlindungan meliputi sistem dan peralatan pencegahan kebakaran, laluan kecemasan, signage dan, tanda arah  dan tempat berkumpul serta pematuhan kepada peraturan-peraturan yang bekaitan.
  • Memimpin, memantau, dan menganalisa aktiviti penilaian risiko yang dilaksanakan oleh Jabatan/ Unit melalui sistem e-Risiko
  • Menjalankan pengukuran pendedahan bunyi bising pekerjaan di tempat kerja
  • Menjalankan pentaksiran kualiti udara dalaman
  • Berkerjasama dengan pihak Jabatan-Jabatan Kerajaan (DOSH, DOE, Bomba, KKM dll) dalam peningkatan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar di PPUM
  • Menjalankan pengajaran, latihan dan kesedaran
  • Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa yang berkaitan OSHE di PPUM (JKKP, NSI, OSHE Risk Working Committee, Tibi, Bencana, RCA (OSHE), dll)

 

Klinik Kesihatan Pekerjaan

  • Menerima rujukan untuk diagnosis dan pengurusan penyakit pekerjaan
  • Pemeriksaan Perubatan Pra-Pekerjaan
  • Pemeriksaan Perubatan Pra-Penempatan
  • Pengawasan Kesihatan, Pengawasan Perubatan
  • Fitness for work
  • Return to work, termasuk kembali bekerja untuk kakitangan yang pernah terdedah kepada kes COVID-19
  • Menjalankan penilaian tempat kerja
  • Menguruskan permohonan pempasan penyakit pekerjaan dari PERKESO
  • Susulan kesihatan terhadap golongan yang terdedah
  • Promosi Kesihatan
  • Pemeriksaan Perubatan Selepas Pekerjaan
  • Rujukan bagi tugas ringan
  • Pengawasan Sinaran

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :-

  • Aktiviti pemeriksaan dan pemantauan fasiliti
  • Latihan bencana dalaman (fire drill)
  • Program SOHELP (Ergonomic, Noise & Chemical)
  • Aktiviti penilaian risiko
  • Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP)
  • Taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada kontraktor, staf dan pelajar
  • Tindakan kecemasan (tumpahan merkuri)
  • Aktiviti pemantauan bunyi bising di lokasi yang berisiko
  • Penguatkuasaan Keselamatan di Tapak Bina
  • Latihan/Taklimat Keselamatan Kebakaran ( BOMBA )
  • Latihan/Taklimat Keselamatan Perlindungan ( PDRM)
  • Simulasi Bencana
  • Penilaian Risiko kepada staf yang terdedah kepada kes COVID-19
  • Latihan/Taklimat pencegahan dan pengurusan alat tajam
  • Latihan/Taklimat pencegahan Tibi dikalangan staf PPUM
  • Latihan/Taklimat orientasi kepada pegawai perubatan sarjana dan pegawai perubatan siswazah tentang penyakit pekerjaan
  • Latihan/Taklimat ergonomic dan pengedalian manual
  • Latihan/Taklimat pencegahan kekerasan terhadap staf
  • Walk Through Survey untuk pengenalpastian hazard, dan Pengubahsuaian Pekerjaan kakitangan yang hadir ke Klinik Kesihatan Pekerjaan dengan Penyakit Pekerjaan



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my