Jabatan Kejururawatan



Since the year 1966, the Nursing Administration has gone through a lot of changes in its organisation. In the beginning The Nursing Administration was lead by The Nursing Director (till 1969 name changed to Chief Matron) and assisted by 3 Grade I Nursing Supervisors, who manage the Phase 1, 2 and 3 services.

This covers every Nursing Unit in the Phase. The First phase contains Surgical Unit, Medical, Orthopaedic, ENT and Eye Ward.

The second phase contains Obstetric and Paediatric and third phase contains all the polyclinics and Accident and Emergency Unit. Every First Grade Nursing supervisor is helped by 2 Grade II supervisors. They are all known as Matron. All responsibilities are given according to the unit specifications. If there arises problems which cannot be solved at Grade I Nursing supervisor or grade II supervisors, it will then be referred to the Chief Matron.

In 1997 the Hospital started to follow corporate system, so the administration of nursing was change to different units of responsibilities. The Nursing administration was divided to four functions and headed by 4 Nursing Officers (formerly known as Matron) with the addition of 1 Nursing Officer for Trauma and Emergency services on the 1 August 2006.

As from 2001, an extension of nursing function where new post is established - “Clinical Nurse Specialist” (Pakar Jururawat Klinikal) working with the Ward/Unit Managers (formerly known as Sister) in the management and care of patient especially with specialization.

Secara amnya, Pentadbiran Kejururawatan dibahagikan kepada beberapa tanggungjawab seperti berikut:

  1. Dasar Kejururawatan
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Kritikal dan Dewan Bedah
  4. Perkhidmatan Ambulatori
  5. Perkhidmatan Trauma & Kecemasan


1. DASAR KEJURURAWATAN

  • Bertanggungjawab menggubal dan mengkaji semula polisi kejuruteraan.
  • Terlibat dalam mengkaji semula dan menggubal polisi organisasi.
  • Merancang keperluan sumber manusia bagi urus tadbir kejururawatan.
  • Merancang dan mencadang penempatan jururawat baru ke seluruh unit kejururawatan.
  • Mengenalpasti keperluan program pembangunan dan perkembangan staf.
  • Merancang program orientasi (Kumpulan Kejururawatan)
  • Merancang dan memantau penyelidikan kejururawatan dan memberikan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
  • Memantau dan menguruskan persiapan fasiliti bagi peperiksaan MBBS dan Ijazah Sarjana.
  • Terlibat dalam Jawatankuasa Kualiti, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Dasar PPUM, OSHA, Kemusykilan Perubatan, dll.


2. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Bertanggungjawab dalam mengatur dan menguruskan penjagaan pesakit dalaman kecuali perkhidmatan perawatan pesakit kes kritikal seperti ICU, CCU, CICU, NICU, SCN dan Wad Bersalin. 


3. PERKHIDMATAN KRITIKAL DAN DEWAN BEDAH

  • Bertanggungjawab dalam mengatur dan menguruskan penjagaan pesakit kritikal seperti ICU, CCU, CICU,  NICU, SCN, Wad Bersalin dan Dewan Bedah.


4. PERKHIDMATAN AMBULATORI

  • Bertanggungjawab dalam mengatur dan menguruskan perkhidmatan penjagaan pesakit luar termasuk Pusat Jagaan Harian.


5. PERKHIDMATAN TRAUMA & KECEMASAN

MAKLUMAT UMUM KEMASUKAN KE WAD 

Semua pesakit dimasukkan ke wad melalui pelbagai klinik, Unit Rawatan Utama, Pusat Jagaan Harian dan melalui Unit Trauma dan Kecemasan. Kemasukan secara terus ke wad adalah dibenarkan hanya dengan keutamaan yang telah ditentukan oleh pakar dan pihak wad. Kebiasaannya, pesakit dimasukkan ke wad berdasarkan sistem rotasi ke wad umum.

PENGHANTARAN MAKANAN KE WAD:

Sarapan - 7.30 pg hingga 8 pg

Makan Tengahari- 11.30 pg hingga 12.30 tgh

Minum Petang - 3 ptg hingga 3.30 ptg

Makan Malam - 6 ptg hingga 7 ptg

 

PERATURAN UMUM WAD:

  1. Semua pesakit mestilah memakai pakaian dan tag nama yang disediakan oleh PPUM sepanjang berada di PPUM.
  2. Sekiranya perlu, semua pesakit hendaklah membawa sendiri keperluan berikut :
    1. Barangan kelengkapan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, sikat, bedak, sabun, tuala, selipar dll.
    2. Ubat-ubatan yang sedang diambil.
    3. Surat Jaminan (sekiranya ada) atau lain-lain dokumen yang berkenaan (seperti Kad Pesara atau Kad Kebajikan Masyarakat).
  3. Pesakit perlu mendapatkan kebenaran jururawat sekiranya mahu meninggalkan wad pada bila-bila masa. 
  4. Pesakit adalah dinasihatkan untuk tidak membawa barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai berlebihan.
  5. Penggunaan telefon bimbit adalah dibenarkan dan adalah di atas risiko dan tanggungjawab pesakit sendiri. Pengecasan bateri telefon bimbit adalah amat tidak digalakkan. Sila semak dengan pihak pengurusan wad.
  6. Merokok adalah dilarang.
  7. Tindakan mengambil gambar dalam kawasan wad dan hospital adalah dilarang kecuali dengan kebenaran Pihak Pengurusan PPUM.  
  8. Seorang waris/ penjaga dibenarkan menemani pesakit yang tidak berupaya, atau memerlukan perhatian/ keperluan khusus dengan kebenaran atau budibicara Pengurus Wad.
  9. Ibubapa/ Penjaga adalah digalakkan menemani pesakit di Wad Pediatrik. 
  10. Tiada pelawat dibenarkan melawat semasa pemeriksaan wad oleh para doktor.
  11. Kebenaran bertulis diperlukan bagi membenarkan makanan dari rumah dibawa ke wad. Hanya makanan halal dibenarkan.

*Nota:- Peraturan khusus di wad tertentu (seperti wad Psikiatrik and Paediatrik) mestilah dipatuhi.


CARTA ORGANISASI

Pengurus wad bersama-sama perunding wad bertanggungjawab memastikan kelancaran urusan di wad. Terdapat dua orang pengurus searas bagi wad yang mempunyai 56 katil. Wad dengan 28 katil atau kurang hanya memiliki seorang pengurus wad. Pengurus wad biasanya bekerja waktu pejabat atau pada tempoh khidmat pentadbiran untuk syif tengahari atau malam. Jururawat, pembantu jururawat, kerani dan pembantu perawatan kesihatan bertanggungjawab kepada Pengurus wad.

SOROTAN AKTIVITI WAD UNIT PERUBATAN

WAD 13UA (Geriatrik)

  1. Wad 30 katil khas bagi merawat pesakit geriatrik sejak 1 Mac 1999.
  2. Setiap kawasan yang tinggi tahap kebergantungan jururawat dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan pesakit dari kaunter jururawat.
  3. Unit pemulihan turut diletakkan di wad geriatrik dan menyediakan pelbagai kemudahan fisioterapi dan terapi cara kerja.
  4. Kemudahan di wad dan tandas juga direka khas sesuai dengan keperluan pesakit warga tua.
  5. Perkhidmatan kejururawatan yang disediakan adalah penilaian dan perancangan keperluan pesakit warga tua dan pesakit yang memerlukan sokongan dalam meneruskan aktiviti kehidupan seharian mereka.
  6. Pendidikan dan pengajaran kaedah penjagaan diberikan kepada ahli keluarga atau waris apabila pesakit dibenarkan discaj.


WAD 13UB (STROK & REHABILITASI)

  1. Terdapat tiga bilik untuk seorang, tiga bilik untuk dua orang dan dua bilik untuk empat orang yang dilengkapi tekanan negatif bagi penjagaan pesakit dengan penyakit berjangkit (cth. tuberculosis). Pintu akses ke bilik-bilik ini hendaklah sentiasa ditutup bagi mencapai tahap ideal tekanan negatif.
  2. Ujian "Sleep Apnoea" dijalankan di wad sebagai langkah penyiasatan bagi pesakit Obstructive Sleep Apnoea.
  3. Pesakit diterima masuk ke wad bagi tujuan disiasat, menjalani prosedur, penjagaan dan perawatan perubatan bagi masala perubatan umum dan khusus.
  4. Pusat perkhidmatan penjagaan harian respiratori juga boleh didapati di wad ini bagi pesakit-pesakit yang menjalani kemoterapi.


WAD 11U (PENYAKIT BERJANGKIT, KARDIAK, ONKOLOGI)

  1. Wad dengan 28 katil ini dikhaskan bagi pesakit demam denggi dan lain-lain penyakit berjangkit.
  2. Selain penyakit berjangkit, pesakit kardiak dan onkologi juga ditempatkan di wad ini.
  3. Pesakit dimasukkan ke wad ini bagi tujuan pemeriksaan, menjalani prosedur, pencegahan dan perawatan kejururawatan.


WAD 8TD (NEFROLOGI, ENDOCRINE, RHEUMATOLOGI)

  1. Wad ini menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi kes Endocrine, Rheumatologi dan Nefrology umum.
  2. Pesakit selepas pembedahan pemindahan buah pinggang juga ditempatkan di wad ini sehingga discaj. 
  3. Pesakit berventilasi yang memerlukan haemodialysis juga dijalankan di wad ini.
  4. Pesakit dimasukkan ke wad ini bagi tujuan pemeriksaan, menjalani prosedur, pencegahan dan perawatan kejururawatan.


WAD 8TE (PUSAT DIALYSIS)

  1. Pusat penjagaan harian dialysis ini menyediakan perkhidmatan haemodialysis, Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD), Automated Peritoneal Dialysis (APD) and Continuous Venovenous Haemodialysis (CVVHD) bagi pesakit kritikal di wad rawatan rapi (ICU).
  2. Pengurusan sebelum dan selepas transplan buah pinggang juga terdapat di sini.
  3. Perkhidmatan susulan termasuk klinik haemodialysis, klinik CAPD, klinik transplan dan klinik akses vaskular.


WAD 6TE (ONKOLOGI KLINIKAL)

  1. Wad ini(4 katil) menyediakan rawatan brachytherapy bagi pesakit kanser serviks dan terapi radioiodine bagi pesakit kanser thyroid.


WAD 6TD (HAEMATOLOGI, PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG DEWASA, HAEMATO-ONKOLOGI)

  1. Merupakan wad dan pusat jagaan harian pesakit hematologi dan haemato-onkologi.
  2. Transplan sum-sum tulang allogenic dewasa pertama di Malaysia adalah pada November 1993.
  3. Transplan autologous peripheral blood stem cell pertama adalah pada Julai 1997.
  4. Transplan non-myeloablative peripheral blood stem pertama pada tahun 2001.
  5. sehingga kini 97 transplan sum-sum tulang dan transplan peripheral blood stem cell telah dijalankan dengan hasil setanding pemindahan yang dibuat oleh pakar transplan di luar negara.
  6. Pusat jagaan harian beroperasi setiap hari (kecuali Jumaat, Ahad dan cuti umum) antara 8 pagi hingga 6 petang. Perkhidmatan disediakan bagi pesakit-pesakit yang perlu menjalani transfusi darah, pemeriksaan dan kemoterapi.


UNIT 
SURGIKAL: WAD 10U (GINEKOLOGI & GINE-ONKOLOGI)

  1. Wad ini menyediakan perkhidmatan kepada pesakit ginekologi umum dan gine-onkologi.
  2. Sebuah pusat jagaan harian turut disediakan untuk memberi perkhidmatan penjagaan bagi gine-onkologi. 


WAD 9U (ORTOPEDIK UMUM)

  1. Wad dengan 56 katil menerima kes ortopedik umum dan perawatan onkologi.
  2. Penjagaan sebelum dan selepas pembedahan juga dilakukan di wad ini.
  3. Pesakit diajar cara menjaga dan merawat sendiri, langkah pemulihan dan bagaimana untuk bergerak menggunakan peralatan ortopedik sebelum dibenarkan discaj.


WAD 8U (TANGAN DAN MIKROSURGERI, PEMULIHAN TULANG BELAKANG, ORTOPEDIK UMUM)

  1. Wad dengan 56 katil menguruskan kes-kes ortopedik umum dan khusus.
  2. Sejumlah 12 katil dikhaskan bagi kes tulang belakang dan pemulihan tulang belakang.
  3. Penjagaan sebelum dan selepas pembedahan juga dilakukan di wad ini.
  4. Pesakit diajar cara menjaga dan merawat sendiri, langkah pemulihan dan bagaimana untuk bergerak menggunakan peralatan ortopedik sebelum dibenarkan discaj.


WAD 7U (SURGERI UMUM, PENJAGAAN PALLIATIF)

  1. Wad dengan 56 katil menyediakan penjagaan bagi kes kebergantungan tinggi serta penjagaan sebelum dan selepas pembedahan bagi pesakit surgikal.
  2. Penjagaan sebelum dan selepas prosedur khas endoskopi dan radiologikal juga dilakukan di wad ini.
  3. Kemoterapi dan rawatan susulan diberikan di wad ini,


WARD 6U (UROLOGI, NEUROSURGERI, SURGERI UMUM – VASKULAR, KARDIOTORAKIK, PLASTIK & LECUR

  1. Wad dengan 56 katil menyediakan penjagaan bagi pelbagai kes surgikal pakar pelbagai disiplin. 
  2. Penjagaan sebelum dan selepas pembedahan juga dilakukan di wad ini.
  3. Perkhidmatan penjagaan harian seperti Urodynamic, Trans Rectal Ultrasound Biopsy, Extracorporeal Shock Wave Lithothripsy dan Deep Brain Stimulation juga disediakan.


WAD 5U (PERUBATAN SAINS-NEURO, WAD NEURO SURGIKAL)

  1. Perkhidmatan neuro-surgikal dan perubatan dilengkapi keperluan fasiliti rawatan rapi dan kebergantungan tinggi bagi merawat pesakit neurologikal kritikal.
  2. Prosedur khas seperti Intracranial Pressure Monitoring (ICP), Continous Electroencephlogram (ECG), dan Plasma Exchange dijalankan di wad ini.
  3. Para perawat diajar dan dilatih kaedah-kaedah memberikan rawatan terbaik, kaedah pemulihan dan penjagaan jangka masa panjang kepada para pesakit neurologikal.


WAD 7TE (OFTALMOLOGI)

  1. Wad 28 katil ini menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi pesakit dengan masalah mata elektif dan kecemasan.
  2. Penjagaan sebelum dan selepas pembedahan dilakukan di wad 7TD.


(OTORINOLARINGOLOGI, DENTAL, ONKOLOGI)

  1. Wad 28 katil ini menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi kes-kes melibatkan telinga, hidung, tekak dan pergigian.
  2. Kemoterapi dan penjagaan palliatif turut disediakan.


WAD 3TE (PSIKIATRIK)

  1. Wad ini terbahagi kepada dua sayap dengan 20 buah katil bagi pesakit lelaki dan perempuan yang memerlukan rawatan psikiatrik.
  2. Terapi Electro Convulsive dijalankan 3 kali seminggu atau mengikut keperluan pesakit.
  3. Program pendidikan Regular Psycho dijalankan di wad untuk membantu pesakit menangani penyakit yang dihidapi dan mematuhi pengambilan ubat yang telah dipreskripsi.


UNIT 
PEDIATRIK: WAD PAED 6 (ONKOLOGI, OFTALMOLOGI, PERGIGIAN, OTORHINOLARINGOLOGI, PENJAGAAN HARIAN PEDIATRIK)

  1. Wad ini menyediakan perkhidmatan onkologi pediatrik, oftalmologi pediatrik otorinolaringologi dan pergigian.
  2. Perkhidmatan penjagaan harian menyediakan penjagaan kepada pesakit thalassemia kanak-kanak dan prosedur pemeriksaan darah, transfusi, pemeriksaan sum-sum tulang, kemoterapi, perawatan dan penjagaan indwelling central venous catheter dan tissue typing procedures (HLA typing dan DR typing) turut dijalankan.


WAD PEDIATRIK 5 (PERUBATAN UMUM, ORTOPEDIK, ENDOCRINE, KES SCAN)

  1. Wad ini menyediakan perawatan penjagaan bagi kanak-kanak yang lebih besar dan remaja.
  2. Di samping penjagaan kes kanak-kanak SCAN, wad ini juga menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi kes-kes perubatan umum, ortopedik dan endokrin.


WAD PEDIATRIK 4 (GASTROLOGI, RESPIRATORI, PENYAKIT BERJANGKIT)

  1. Wad dengan 20 katil ini menyediakan perawatan penjagaan kepada kanak-kanak yang menghidap gastro-hepato dan masalah respiratori kronik.
  2. Semua kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit dan diarrhoe diseases akan dirawat di bilik pengasingan wad ini.


WAD PEDIATRIK 3 (PEMBEDAHAN UMUM, PLASTIK, NEUROSURGERI, KARDIATORAKIK)

  1. Wad dengan 20 katil ini menyediakan perawatan penjagaan kepada kelahiran baru dan bayi yang menghidapi penyakit kardiak dan respiratori.
  2. Perawatan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan kes mata, telinga, hidung, tekak dan pergigian juga dirawat di wad ini.
  3. Penjagaan rapi diberikan kepada kanak-kanak yang bergantung kepada sedutan, oksigen dan ventilator.
  4. Pendidikan kesihatan dan kaedah penjagaan dijalankan kepada para ibu bagi menyediakan mereka melakukan perawatan penjagaan ventilasi sendiri di rumah.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my