Jabatan Kesihatan Awam



Objektif

Jabatan Kesihatan Awam bertanggungjawab untuk mempertingkatkan literasi kesihatan dengan mengaplikasikan kemahiran mencegah penyakit, serta menganalisis keperluan komuniti PPUM termasuk aspek kesihatan, keselamatan dan persekitaran pekerjaan bagi memaklumkan kepada pengurusan tertinggi untuk tujuan penambahbaikan.

  1. Mengaplikasi pengetahuan berdasarkan bukti saintifik untuk melindungi kesihatan, mencegah penyakit, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti PPUM serta persekitarannya.
  2. Melindungi komuniti PPUM daripada penyakit bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dijual di premis hospital.
  3. Menjalankan pengawasan dan pengawalan Penyakit Berjangkit di kalangan kakitangan PPUM.
  4. Menjalankan penilaian dan memantau faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit dalam komuniti PPUM.
  5. Memastikan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  6. Mengurus, memantau dan mempertingkatkan aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta aspek persekitaran di PPUM secara berterusan mengikut akta, peraturan dan piawaian industri yang berkenaan.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my