Jabatan Teknologi Maklumat

Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) yang merupakan nadi kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PPUM adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk membangun, mengurus, menyokong, memantau, mengawal selia dan memastikan perkhidmatan dan kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sentiasa diuruskan dengan baik dan efisyen, selaras dengan visi dan misi PPUM.

Jabatan ini berfungsi dengan memfokuskan kepada pengurusan infrastruktur prasarana ICT, pembangunan aplikasi, pelaksanaan sistem dan serta memantau tahap keselamatan data dan maklumat bagi memastikan operasi ICT di PPUM berjalan dengan lancar.

Pencapaian

JTM terus komited untuk menyiapkan perlaksanaan projek-projek ICT seperti yang telah dirancang melalui ICT Strategic Planning (ISP) PPUM yang berakhir pada tahun 2020 iaitu :

  • Pembangunan Management Dashboard
  • Memperkasakan EMR dengan keupayaan fitur HIMSS
  • Menambah keupayaan sistem eHR, dan sistem iKewangan
  • Pembangunan baru Sistem Radiologi (iRIS) dan Sistem Makmal (iLab).

Tumpuan adalah bagi memastikan kesemua aplikasi utama di PPUM adalah dibangunkan dan diselenggara secara dalaman bagi penjimatan kos kepada PPUM pada masa yang panjang dan dalam pada yang sama juga, ia akan meningkatkan peluang kepada PPUM untuk memasarkan sistem tersebut pada masa akan datang.

Selain itu, Seksyen Infrastruktur JTM banyak memberikan tumpuan bagi pemantapan keselamatan ICT, aktiviti awareness untuk pensijilan ISMS, menjalankan Penetration Test untuk komponen ICT dan pengukuhan kepada penyelenggaraan dan rutin sedia ada.

Kejayaan / Anugerah

  • Anugerah Khas Pengarah

JTM telah menerima Anugerah Khas Pengarah semasa Majlis Penghargaan Perkhidmatan 2017 di atas bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada PPUM. Semoga dengan anugerah ini JTM akan lebih berdaya maju untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada PPUM.

  • Pengkomersilan Inovasi ICT

JTM telah berjaya mengkomersilkan sistem ICT yang telah dibangunkan ke beberapa institusi yang lain antaranya adalah seperti berikut:

i. IIUMMC
Projek Total Hospital Information System (THIS) iPesakit di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (IIUMMC) Kuantan yang telah bermula pada April 2016 dan telah selesai diserahkan pada 16 Oktober 2019 semasa Persidangan KHUAM 2019 di Kementerian Pengajian Tinggi.

ii. ISN
Perlaksanaan projek Hospital Information System (HIS) ISN telah bermula pada April 2017 telah siap digunapakai dan diserahkan sepenuhnya pada 13 Mac 2018.

Rancangan Masa Hadapan

Berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) 2021 -2015 iaitu :

  • Pembangunan Virtual Ringgit / CASEMIX
  • Pembangunan Pangkalan Data Penyelidikan
  • Pemantapan Sistem Keselamatan di PPUM
  • Transformasi Smart Hospital : Mentrasformasikan PPUM kepada sebuah hospital pintar yang menggunakan teknologi ICT sepenuhnya dalam operasi harian

)

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my