Jabatan Patologi



Jabatan Patologi terbahagi kepada dua (2) bahagian utama iaitu Bahagian Patologi Anatomik dan Bahagian Perubatan Makmal.


Selain memberi perkkhidmatan klinikal kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jabatan juga bertanggungjawab membentuk tenaga pengajar bagi kursus ijazah MBBS, BDS, BBiomedSc dan kursus pascaijazah, Sarjana Patologi, Sarjana Sains Perubatan dalam Patologi Klinikal, Sarjana Sains Perubatan, doktor perubatan dan doktor falsafah yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Jabatan turut menjalankan penyelidikan dan kajian dalam bidang perubatan yang relevan.

Bahagian Patologi Anatomik


Bahagian Patologi Anatomik memberi perkhidmatan diagnostik dalam bidang histopatologi dan sitopatologi kepada PPUM.

Jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Makmal Histopatologi ialah perkhidmatan histopatologi rutin yang berasaskan pewarnaan H+E, pewarnaan istimewa, imunohistokimia, dan in-situ hybridization. Makmal Histopatologi juga memberikan perkhidmatan diagnostik segera melalui intraoperative frozen section diagnosis. Pakar perunding dan klinikal di bahagian ini terlibat dalam perkhidmatan perundingan untuk hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan sektor swasta dalam bidang biopsi ginjal, transplantasi kardiak, otot, neurologik dan lain-lain.

Ujian calitan ginekologik dan bukan ginekologik serta Fine Needle Aspiration adalah antara perkhidmatan yang diberikan oleh Makmal Sitopatologi. Pakar Patologi juga menjalankan Fine Needle Aspiration untuk pesakit PPUM melalui Klinik Fine Needle Aspiration yang diadakan dua kali seminggu.


Bahagian Perubatan Makmal

Bahagian Perubatan Makmal bertanggungjawab dalam perkhidmatan diagnostik kepada pesakit dan doktor, menjalankan penyelidikan ke atas teknik dalam ujian diagnostik, menyalurkan informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan bahagian ini serta menyediakan khidmat nasihat dan latihan teknikal yang berterusan kepada pelajar-pelajar dan staf-staf PPUM.

Bahagian ini juga memberikan perkhidmatan diagnostik bagi bidang-bidang seperti Patologi Kimia (kimia klinikal, endokrin, imunologi, fluid and excretion, therapeutic drug monitoring, kimia khas), Hematologi (hematologi rutin, hematologi khas, koagulasi, pemeriksaan sumsum tulang), Inborn Errors of Metabolism, sitogenetik, genetik molekul dan immunogenetik dan transplantasi.

The Learning Curve

Program latihan dan pembelajaran ini adalah projek kolaborasi dengan Siemens Healthineers Malaysia untuk memperkasakan kakitangan dengan ciri-ciri kepimpinan, pembangunan kemahiran individu (soft skill) serta pengukuhan pengetahuan dalam bidang teori dan teknikal dalam aspek pekerjaan semasa.

Program selama enam bulan ini (Jan – Jun 2018) telah disertai oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Perubatan terpilih. Peserta terbaik dari program ini berpeluang menjalani penempatan di makmal diagnostik rujukan di luar negara.

Phlebotomy Workshop: How to Collect Quality Samples for Laboratory Testing

Bengkel diadakan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Makmal Diagnostik sebanyak dua siri iaitu pada 26 – 27 Jun dan 25 – 26 September 2018. Ia melibatkan peserta dalam dan luar PPUM yang bertujuan untuk mengukuhkan aspek teori dan praktikal dalam pengambilan darah pesakit.






ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my