Jabatan Integriti



Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertarikh 24 Julai 2013. Ianya bertujuan untuk mewujudkan sebuah unit yang berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti.

Unit Integriti
Aras 2, Kompleks Pendidikan Kejururawatan
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lembah Pantai, 59100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-79493811/3837/2387

Fungsi Unit

Unit Integriti (UI) bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    • Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif
    • Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan unit
    • Memproses urusan penajaan latihan, penerimaan hadiah, penceramah jemputan dan permohonan mendapatkan tajaan luar bagi aktiviti rasmi Pusat Perubatan UM
  • Pengukuhan Integriti
    • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
    • Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan
    • Menyampaikan maklumat kepada organisasi berkaitan integriti bagi tujuan memberi kesedaran kepada warga organisasi berhubung isu-isu integriti
  • Pengesanan dan Pengesahan:
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
    • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
    • Melaporkan kesalahan kecuaian perubatan melibatkan staf-staf selain dari tanggungjawab Jabatan Sumber Manusia kepada pihak majikan dan Majlis Perubatan Malaysia
    • Mengemukakan hasil siasatan kepada urus setia Jawatankuasa Tatatertib
  • Pengurusan Aduan
    • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
    • Memastikan tindakan susulan aduan dan syor siasatan dilaksanakan oleh jabatan yang berkenaan
    • Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah staf kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
    • Menyelaras dan memproses aduan-aduan berkaitan pelanggaran integriti untuk disiasat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM
  • Pematuhan
    • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa
    • Memastikan kod etika jabatan dipatuhi
    • Mengadakan pemeriksaan secara berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran agar teratur selaras dengan dasar-dasar dan peraturan yang ditetapkan
  • Tatatertib
    • Melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib

Aktiviti Unit Integriti

  • Pengurusan Penerimaan Hadiah, Penajaan Latihan, Jemputan Ceramah/Kursus dan Penajaan Majlis Rasmi
    Memproses urusan penajaan latihan, penerimaan hadiah, penceramah jemputan dan permohonan mendapatkan tajaan luar bagi aktiviti rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • Pengurusan Tatatertib
    Unit Integriti telah dipertanggungjawab untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan pelanggaran tatakelakuan seperti yang terkandung dalam Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
  • Pelaksanaan Ops Ketik
    Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memantau kehadiran staf PPUM dengan kaedah menyemak kehadiran melalui Portal Staf. Laporan aktiviti akan dibincangkan di Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR), PPUM untuk tindakan penambahbaikan.
  • Hebahan Integriti
    Objektif hebahan integriti adalah bagi meningkatkan kesedaran staf PPUM terhadap peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Hebahan ini dibuat secara bulanan yang dihantar melalui emel dan kekerapan hebahan sebanyak empat (4) kali setahun.
  • Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR)
    Mesyuarat JAR diadakan bagi membincangkan dan memutuskan tindakan yang berkaitan dengan 6 fungsi teras Unit Integriti. Kekerapan mesyuarat adalah tiga (3) kali setahun.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my