Jabatan Perundangan



Unit Perundangan adalah sebuah unit yang bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat perundangan, mengendalikan tindakan undang-undang berkaitan PPUM, menggubal dan menyemak dokumen undang-undang, membuat semakan undang-undang terhadap perundangan di bawah kawalan PPUM serta memberikan pendidikan undang-undang kepada staf dan pelajar.

Perkhidmatan utama Unit Perundangan adalah :

  • penasihatan - menasihati Lembaga Pengurus PPUM, pihak pengurusan PPUM dan jabatan/unit di PPUM dalam hal perkara perundangan yang melibatkan governan, polisi dan pentadbiran am, tatatertib staf dan sebagainya;
  • aduan dan kes mediko-legal - mengendalikan aduan dan kes mediko-legal yang mempunyai implikasi undang-undang yang serius, termasuk menjalankan siasatan penuh, mentadbir polisi insurans medical malpractice liability dan menyediakan surat jawapan kepada pengadu;
  • gubalan dokumen perundangan - menggubal, menyemak, menterjemah dan memuktamadkan pelbagai dokumen perundangan termasuk memorandum persefahaman, kontrak dan surat niat;
  • tindakan undang-undang - mengendali dan menyelaras tindakan undang-undang oleh atau terhadap PPUM termasuk menyediakan laporan dan kertas kerja yang berkaitan, menyemak kertas-kertas kausa serta mengeluarkan notis tuntutan melalui panel peguam;
  • pendidikan undang-undang - memberi taklimat, syarahan dan ceramah undang-undang terutamanya undang-undang perubatan kepada staf PPUM dan pelajar Kolej Sains Kesihatan.

Unit Perundangan
Tingkat 13, Menara Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lembah Pantai
59100 Kuala Lumpur


Nombor telefon : +60 03 - 7949 2019 / 2003 / 2210
Nombor faks : +60 03 - 7949 4646
E-mel : ku_law@ummc.edu.my



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my