Jabatan Maklumat Pesakit



PENGENALAN

Jabatan Maklumat Pesakit (dahulu dikenali sebagai Unit Rekod Perubatan) ditubuhkan pada tahun 1966 dan ditempatkan di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Jabatan ini kemudiannya dipindahkan ke Aras Bawah, Blok Utama apabila hospital mula dibina pada 1967. Sejak Februari 2004, jabatan ini beroperasi di Aras 1, Bangunan Perubatan Kecemasan.

Objektif Jabatan Maklumat Pesakit adalah menyediakan maklumat terkini, komprehensif dan tepat bagi tujuan khidmat perawatan bagi pesakit luar dan dalam, serta bagi tujuan penyelidikan yang dijalankan oleh jabatan-jabatan akademik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jabatan Maklumat Pesakit
Aras 1, Bangunan Perubatan Kecemasan
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lembah Pantai
59100 Kuala Lumpur

Telefon:
Laporan Perubatan : 03-79492228/4311/4301/4297
Pengurusan Rekod Perubatan : 03-79494202/2237/4292/2702
Statistik & Notifikasi : 03-79492703/4296
Pentadbiran : 03-79492234

Faks : 03-79541204

Waktu Operasi (Isnin - Jumaat) :
Kaunter Laporan Perubatan : 7.30 pagi - 4.30 petang
Pejabat : 8.00 pagi - 5.00 petang

 

FUNGSI UTAMA

  • Mengurus satu sistem penyimpanan rekod pesakit fizikal dan elektronik yang berpusat bagi memastikan keselamatan dan taraf sulit rekod pesakit terpelihara dengan baik; rekod pesakit mudah dikesan serta memastikan kawalan pergerakan dan akses rekod yang sistematik berdasarkan akta dan peraturan yang diterima pakai di PPUM.
  • Mengurus serta menyelaras permohononan laporan perubatan serta urusan penyediakan sijil/ dokumen perihal perawatan pesakit untuk tujuan tuntutan insuran, kes medico-legal, Lembaga Perubatan dan Jemaah Panel PERKESO.
  • Menguruskan sistem maklumat statistik/data dengan tepat bagi menyediakan maklumat diagnostik dan statistik berkaitan penyakit bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perawatan klinikal

 

SERVIS

SEKSYEN LAPORAN PERUBATAN

  1. Bahagian Laporan Perubatan
    • Perkhidmatan Kaunter Laporan Perubatan
    • Urusan Laporan Perubatan (Biasa/ Pakar/ Laporan Bedah Siasat, Laporan Kesihatan dan Laporan Ambulan).
    • Urusan laporan rawatan/ status perubatan (Pengisian maklumat borang seperti tuntutan Insurans, KWSP, PERKESO dan lain-lain).
    • Urusan pengesahan maklumat rawatan (ujian makmal, ringkasan discaj dan lain-lain).
  2. Bahagian Pengurusan Maklumat Kesihatan
    • Urusan dan kawal selia Sistem Janji Temu Pesakit.
    • Urusan pengemaskinian maklumat pesakit (Patient Master Index)
    • Urusan Pengesahan pendaftaran lewat kelahiran dan kematian.
    • Urusan Sijil Akuan Cuti Sakit, Akuan Bersalin, Slip Kehadiran dan maklumat kedatangan pesakit.
    • Urus setia Mesyuarat Lembaga Perubatan dan Jemaah Doktor PERKESO.
    • Urusan Kes Medico Legal
    • Urusan sapina mahkamah

 

SEKSYEN PENGURUSAN REKOD PERUBATAN

  1. Bahagian Pengurusan Fail Pesakit (Pinjaman/Penjilidan/Penyelidikan/)
    • Pemberian akses bagi fail keselamatan, pinjaman dan penyelidikan (CIC, iBorrow dan iResearch)
    • Pembekalan RPP untuk perawatan pesakit luar dan dalam
    • Urusan RPP/TN dari wad bagi pesakit discaj
    • Urusan Fail Keselamatan
    • Penjilidan RPP pesakit
  2. Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan Elektronik
    • Urusan RPP secara elektronik
    • Pemberian akses pengguna dan kawalan polisi
    • Pengimbasan RPP ke dalam sistem e-document
    • Penerimaan CS dari klinik
    • Kemaskini berterusan maklumat pesakit di dalam sistem
  3. Bahagian Pengurusan Stor dan Pelupusan RPP
    • Pelupusan RPP tidak aktif
    • Pemetaan dan pengesanan RPP
    • Pengawalan RPP pesakit di Stor KKWK, Menara Timur, Perpustakaan Pusat dan stor luar PPUM

 

SEKSYEN STATISTIK DAN NOTIFIKASI

  • Penyediaan dan pembekalan statistik pesakit, penyakit serta diagnosis bagi keperluan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan
  • Mengekod diagnosis menggunakan standard koding antarabangsa oleh World Health Organisation (WHO)
  • Urusan penyediaan maklumat kesihatan wanita dan kanak-kanak kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Urusan dokumen notifikasi penyakit berjangkit serta notifikasi penyakit tidak berjangkit kepada pihak KKM

 

SEKSYEN DASAR DAN PENTADBIRAN

  • Menyelia urusan pentadbiran jabatan
  • Menyelaras pengurusan aduan dalaman dan aduan pelanggan
  • Mengurus pembekalan sticky label pesakit kepada lokasi perawatan pesakit
  • Pengurusan borang-borang gunasama (BK-MIS) perawatan pesakit
  • Mengurus pembekalan emergency kit kepada semua lokasi yang telah disenaraikan
  • Mengurus Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan

  • Medical Report
  • Medical Board Meeting and PERKESO Medical Board Meeting
  • Managing record of patient information
  • Patient statistic and infection notification



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my