Jabatan Pembangunan Perniagaan



Jabatan Pembangunan Perniagaan merupakan penstrukturan atau penjenamaan semula Jabatan Pengurusan Am dan Fasiliti dan diwujudkan berkuatkuasa pada 17 Mei 2013. Objektif utama penubuhan jabatan ini ialah bagi membolehkan PPUM berkembang dengan lebih produktif dan inovatif sebagai sebuah badan berkanun yang mampu menjana hasil dan pendapatan sendiri serta self-sustainable dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.


Dengan penstrukturan semula ini adalah diharap jabatan akan dapat bergerak dengan lebih licin melalui struktur organisasi yang tersusun rapi dan hala tuju yang jelas ke arah mempertingkatkan hasil PPUM melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

  1. Mengawal selia, mentadbir urus dan menyelaras pengoperasian aktiviti penjanaan hasil dan aktiviti perkhidmatan sedia ada yang dijalankan secara komersial.
  2. Melaksanakan dan memantau perlaksanaan aktiviti-aktiviti penjanaan hasil seperti berikut :
    • Pharm UMMC
    • Perkhidmatan ujian makmal kepada pihak swasta
    • Pengurusan tempat letak kereta
    • Hartanah (termasuk penginapan)
    • Sewaan ruang
    • Penjualan sistem dan perisian ICT
    • Penganjuran persidangan bengkel dan kursus
    • Lain-lain perkhidmatan.
  3. Menjalankan kajian dan penyelarasan serta menganalisa peluang aktiviti perkhidmatan komersial dan pelaburan baru bagi aktiviti-aktiviti yang mampu berdaya saing dan boleh menjana hasil kepada PPUM.
  4. Menyedia dan mengesyor garis panduan, norma masa dan kadar bayaran insentif kepada jabatan dan staf kepada Jawatankuasa Penjanaan Hasil PPUM.
  5. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti penjanaan hasil bagi memastikan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan.
  6. Mengkoordinasi dengan pelbagai pihak dan jabatan yang berkaitan dengan aktiviti penjanaan hasil. Ia termasuklah memberi khidmat nasihat, panduan dan latihan kepada pihak yang berkenaan.
  7. Menjalankan pemasaran bagi aktiviti-aktiviti yang ditawarkan bagi menarik minat pelanggan baru.
  8. Menyedia dan mengemukakan laporan prestasi/kewangan secara berkala kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my