Jabatan Perubatan Psikologi



Jabatan ini menyediakan perkhidmatan yang merangkumi pelbagai rawatan bagi masalah psikiatri. Masalah tersebut termasuklah depresi, gangguan tidur, masalah kesakitan fungsional, keresahan, masalah psikiatri kanak-kanak dan remaja, masalah penyesuaian persekitaran, masalah geriatrik, dan ketagihan dadah.  Melalui UMCCed, Jabatan ini turut menawarkan kursus peringkat sijil bagi Ketagihan, Pengurusan Stress, Rehabilitasi Psikiatri serta Psikiatrik Kanak-Kanak dan Remaja. Kursus-kursus ini tidak terhad kepada pengamal perubatan sahaja, malah terbuka kepada pihak NGO, penjawat awam, pekerja, majikan dan guru.

 Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Klinik Psikiatri Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Psikiatri Ketagihan
  • Unit Rehabilitasi Psikiatri
  • Rawatan Harian Psikiatri
  • Bengkel Perlindungan dan Pusat Latihan Pekerjaan

Pada 10 Oktober 2018, telah berlangsungnya Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2018 Peringkat PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai bertempat di Auditorium Tingkat 13, Menara Selatan PPUM. Melalui program seperti ini, PPUM berharap agar dapat mempromosi, menyumbang, memberi ilmu pengetahuan dan khidmat masyarakat dan sekaligus mengurangkan stigma negatif terhadap penyakit mental ini dalam kalangan masyarakat.




ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my