ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Pengenalan
Fizik Perubatan adalah suatu bidang yang merangkumi pelbagai disiplin dengan julat perkhidmatannya yang meluas dan berkait rapat dengan teknologi dalam perubatan. Dengan adanya penggunaan teknologi perubatan yang semakin meningkat selari dengan peningkatan terhadap komponen penyelidikan akademik dalam kedua-dua kontrak mahupun projek pelajar, perkhidmatan fizik perubatan menjadi semakin diperlukan. Di negara-negara lain, Unit Fizik perubatan merupakan sebuah unit yang memainkan peranan yang utama dalam sesebuah hospital.
Unit Fizik Perubatan adalah sebuah unit yang aktif dalam banyak bidang di mana fizik dan kejuruteraan adalah digunapakai dalam perubatan mahupun penyelidikan. Unit ini akan menyediakan kualiti perkhidmatan perubatan yang terbaik terutamanya dalam penjagaan pesakit. Segala aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan pada kod dan praktis mengikut peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh badan-badan berlesen dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit Fizik Perubatan adalah sebuah unit yang tidak asing lagi dalam perkhidmatan perubatan terutamanya kepada bidang teknikal. Unit ini juga dikatakan memberi sokongan kepada semua perkhidmatan perubatan terutamanya dalam bidang pengimejan diagnostik, perubatan nuklear, pengimejan sinaran tidak mengion, instrumentasi, penyelidikan perubatan, fizik sinaran, elektronik dan pengkomputeran. Penglibatan unit ini dalam bidang-bidang tersebut adalah hasil dari penganalisaan serta kajisemula profesion bagi membentuk suatu tindakan dan praktis untuk membolehkan suatu teknik diimplimentasi sepenuhnya.
Servis
Unit Fizik Perubatan adalah melibatkan kerjasama dari semua ahli fizik (pegawai sains (fizik)) di PPUM secara langsung dan pensyarah fizik perubatan di Universiti Malaya secara tidak langsung. Unit ini telah dipersetujui oleh Lembaga Pengurus PPUM untuk diletakkan di bawah naungan Pentadbiran Klinikal PPUM iaitu bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah (Ikhtisas).
Luas skop perkhidmatan adalah menjurus kepada PTj/Jabatan/Unit yang majoriti memerlukan perkhidmatan fizik perubatan:
Unit Fizik Perubatan adalah bertanggungjawab :
Tambahan bagi servis yang ada
Aktiviti
Newsletter Vol.1, Issue 1-Jan 2021
Carta Organisasi
Staf