Jabatan Onkologi Klinikal



Onkologi adalah suatu bidang perubatan yang terlibat dengan penyelidikan dan perawatan kanser. Pakar onkologi klinikal adalah doktor yang terlatih dalam penggunakan rawatan radioterapi dan ubat-ubatan anti-kanser sistemik termasuk kimoterapi untuk merawat pesakit kanser.

Jabatan Onkologi Klinikal adalah salah satu jabatan klinikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah beroperasi semenjak September 1997.

Fungsi dan peranan Jabatan:

  • Menyediakan perkhidmatan kepada pesakit kanser menggunakan rawatan-rawatan anti-kanser selain pembedahan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran untuk pelajar perubatan dan para-perubatan. Menyediakan tenaga pengajar dan infrastuktur untuk kursus-kursus diploma, sarjana muda dan sarjana seperti Diploma in Nursing Oncology, MBBS, Master of Clinical Oncology, Master of Medical Physics dan Master of Nursing (Oncology). Jabatan ini juga merupakan tempat latihan bagi pelajar-pelajar dari universiti-universiti lain untuk program ‘Therapy radiographer’ dan ‘Physics degree’.
  • Menyediakan kemudahan untuk penyelidikan berkaitan penyakit kanser dan pengajaran selaras dengan ‘Good Clinical Practice’.
  • Bekerjasama dengan badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara dalam memberi perkhidmatan, pengajaran dan penyelidikan.

Jabatan ini merupakan ‘tertiary referral centre’ untuk rawatan kanser dan menerima rujukan dari jabatan-jabatan lain di dalam PPUM, hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Perkhidmatan yang disediakan:

  1. Klinik pesakit luar
    • Kes-kes baru
    • Kes-kes susulan
    • ‘Chemotherapy review’
    • ‘Radiotherapy review’
  2. Pusat Rawatan Harian
    Melibatkan pemberian ubat-ubatan anti-kanser sistemik seperti kimoterapi, ‘hormonal therapy’, ‘immunotherapy’ dan ‘biological agents’.
  3. Radioterapi
    Melibatkan pemberian sinar-X bertenaga tinggi untuk merencat dan membunuh sel-sel kanser.
    Terbahagi kepada :
    • ‘External beam therapy’ merangkumi teknik konvensional dan kompleks seperti IMRT, SRS/SRT dan SBRT. (*penerangan lanjut)
    • Brakiterapi iaitu pemberian rawatan menggunakan ‘high dose rate source’ untuk pesakit luar. Ini adalah rawatan untuk pesakit kanser ‘gynaecology’. Terbaru adalah rawatan brakiterapi menggunakan teknik terkini yang dipanggil ‘image guided brachytherapy’ (IGBT). (*penerangan lanjut)
    • Rawatan radioisotope iaitu rawatan untuk pesakit kanser tiroid menggunakan iodin dan pesakit perlu dimasukkan ke wad. Rawatan ini diberi dengan kerjasama dari Jabatan Perubatan Nuklear.
  4. Wad
    Pesakit kanser yang perlu dimasukkan ke wad akan dimasukkan ke wad 6TE.

Waktu perkhidmatan serta lokasi:

 Perkhidmatan

 Waktu

Lokasi

Klinik Pesakit Luar

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tingkat 1 Menara Timur

Pusat Rawatan Harian

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tingkat 1 Menara Timur

Radioterapi

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tingkat 1 Menara Timur

Nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan lanjut :
Jabatan Onkologi Klinikal
Tingkat 1 Menara Timur
Pusat Perubatan Universiti Malaya
59100 Lembah Pantai
Kuala Lumpur
Tel: 60 03-79492423 - Kaunter Pertanyaan
60 03-79493037 - Pejabat
Fax: 60 03-79563072

Panduan untuk mendapatkan rawatan di klinik onkologi
Pesakit perlu membawa surat rujukan dari lain-lain hospital atau mengirim melalui faksimili sebelum diberi janjitemu untuk mendapatkan rawatan pakar di klinik onkologi. Janjitemu akan diberi dalam tempoh seminggu ke dua minggu.

Perkhidmatan radioterapi *
Stereotactic Radiosurgery/ Stereotactic Radiotherapy (SRS/SRT) -  Servis ini telah bermula pada May 2015 yang lalu di mana pakar dari Neurosurgeri dan Onkologi Klinikal telah bekerjasama dalam melaksanakan pemberian rawatan menggunakan teknik SRS/SRT ini bagi pesakit yang mempunyai kanser di bahagian otak.
Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT) - Servis “Intensity Modulated Radiotherapy” atau lebih dikenali dengan IMRT adalah julung kali diperkenalkan di jabatan ini. Servis ini merupakan teknik rawatan yang menggunakan bim radiasi dengan bidang saiz yang kecil untuk dimodulasikan bagi menghasilkan dos yang hendak dicapai pada kawasan rawatan.
Image Guided Brachytherapy (IGBT) - Servis image-guided brachytherapy untuk kanser pangkal rahim telah diperkenalkan pada 01/06/2015. Rawatan untuk kanser pangkal rahim (locally advanced) melibatkan gabungan ‘external beam therapy’ dan brakiterapi. IGBT menggunakan perancangan 3D berbanding dengan teknik konvensional iaitu 2D, dimana dos yang lebih tinggi dapat diberikan kepada tumor disamping mengurangkan dos kepada organ-organ kritikal.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my