Unit Kesihatan Staf dan Pelajar



Klinik Kesihatan Staf dan Pelajar bertanggung jawab untuk memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh yang boleh diakses untuk kakitangan individu dan keluarga mereka yang terdekat (ibu bapa /suami isteri / anak-anak mereka di bawah 18 tahun).

Klinik Kesihatan Staf Dan Pelajar terbahagi kepada:

i) Klinik Kesihatan Staf - Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Sains Kejururawatan

ii) Klinik Pergigian - Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Sains Kejururawatan.

A. KLINIK KESIHATAN STAF DAN PELAJAR

Perkhidmatan yang disediakan:

i) Penjagaan kesihatan secara menyeluruh untuk kakitangan dan keluarga bertujuan memberi kesedaran dengan penyaringan kesihatan bagi pengesanan awal penyakit dan dapat memantau dalam keadaan jangka panjang penyakit dan memberi rawatan segera dalam semua kes akut.

ii) Menguruskan program Imunisasi hepatitis B kepada staf klinikal di PPUM termasuk TB contact screening.

iii) Menguruskan program saringan kesihatan kepada kakitangan yang berumur 40 tahun ke atas.

iv) Pengawasan kesihatan dan pemeriksaan untuk kakitangan yang mengendalikan tugas-tugas bahaya (bekerja di makmal / dadah onkologi / sinaran) atau dalam persekitaran yang bising.

v) Menguruskan pemeriksaan laporan perubatan bagi staf yang baru dilantik dan penyambungan kontrak.

vi) Menguruskan pemeriksaan laporan perubatan bagi pelatih-pelatih baru PPUM seperti Jururawat Pelatih, Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih dan Juru X-Ray Pelatih.

vii) Klinik Kesihatan Wanita (pap smear, mamogram dan khidmat nasihat perancang keluarga.

viii) Perkhidmatan Tambahan: Kemudahan pemeriksaan Haji dan Umrah untuk staf PPUM/FPUM dan tanggungan yang berkelayakan termasuk pemberian vaksin.Pemeriksaan kesihatan ini juga dibuka kepada orang awam yang memerlukan khidmat di PPUM.

ix) Perkhidmatan Tambahan Pemeriksaan Yellow Fever Vaccination di Klinik Kesihatan Staf dan Pelajar kepada staf PPUM dan orang awam.


B. KLINIK PERGIGIAN

Klinik Pergigian telah mula beroperasi pada 1 September 2016 dan terbuka kepada semua staf Pusat Perubatan Universiti Malaya. Di antara perkhidmatan dan rawatan yang dijalankan di klinik ini adalah seperti pemeriksaan kesihatan pergigian, scalling, filling (tampalan gigi), polishing (cucian gigi), dan extraction (cabutan gigi).

Klinik ini telah mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan daripada staf PPUM. Pada bulan puasa (Ramadhan) perkhidmatan klinik pergigian memberi tumpuan kepada anak-anak staf secara percuma yang berumur diantara 8 tahun hingga 18 tahun.


C. KLINIK SARINGAN

Diutamakan kepada staf PPUM yang berumur 40 tahun ke atas.

WORLD HYPERTENSION DAY 2018


Klinik Kesihatan Staf dengan kerjasama Jabatan Rawatan Utama serta disokong oleh Malaysia Society of Hypertension telah memberi perkhidmatan percuma kepada staf dan pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan sempena sambutan hari Wolrd Hypertension Day bertempat di Konkos, Menara Utama.

https://lh3.googleusercontent.com/TGjxjwj9yl-4iN_ZwsWFiYsijcWG_KKVRqcgy9MyCGvbFawuymsPTos-dP-CJu7_Ie-B5aQrm1SJj-Ua29VuNRoSYtCkDVOXd76Tosu9B7cnJI_lrvHZK9_vndrmYNxnvSEcCvAd



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my