Unit Perkhidmatan Rawatan Kritikal



Dibuka secara rasmi pada 18 Januari 1969, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (Hospital Universiti, UH, ketika itu) merupakan ICU pertama di Malaysia. Pasukan pakar perintisnya - A. Ganendran, A.E. Delilkan, A.I Gurubatham dan Ratnavel – memberikan komitmen yang tinggi terhadap aspirasi UH untuk menyediakan sains perubatan moden yang terbaik kepada pesakit-pesakit. Kejayaan mereka mengendalikan ICU berkapasiti enam katil ini telah menjadi suatu perangsang untuk negara muda Malaysia ketika itu untuk memulakan perkhidamatan ICU di hospital-hospital lain di seluruh negara.

Sepanjang beberapa dekad yang lalu, selari dengan peningkatan bilangan katil, ICU ini telah berpindah dari tempat asalnya di Tingkat Empat Menara Utama ke beberapa lokasi lain di hospital sebelum akhirnya bertapak di Tingkat Dua Menara Utama pada 2017. Dalam masa ia berkembang sebagai ICU untuk pesakit dewasa, unit-unit penjagaan kritikal khusus yang lain, iaitu ICU Pediatrik, ICU Neonatal, Unit Penjagaan Koronari, ICU Kardiotorasik dan ICU Neurosurgikal telah ditubuhkan dan turut sama melangkah ke hadapan. Penubuhan unit-unit ini mencerminkan perkhidmatan rawatan kesihatan PPUM yang berkembang pesat dan keperluan yang semakin meningkat untuk penjagaan kritikal yang khusus.

Pada September 2018, penggabungan semua unit rawatan kritikal di PPUM telah diformalkan dengan pembentukan Unit Perkhidmatan Rawatan Kritikal (Critical Care Services Unit, CCSU). Penyepaduan ini bertujuan untuk memaksimumkan sumber rawata kritikal dan untuk memastikan penyampaian rawatan pesakit yang berkualiti tinggi, selaras dengan prinsip-prinsip PPUM yang berikut:

VISI

PPUM sebagai hospital pengajar yang terunggul dan bertaraf antarabangsa.

MISI

  • Memperkasakan modal insan yang berwibawa dan berkompetensi tinggi.
  • Memacu kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal.
  • Melestarikan kedudukan kewangan yang  mampan.
  • Memartabatkan institusi melalui pengiktirafan dan akreditasi pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Unit-unit di bawah bidang kuasa Unit Perkhidmatan Penjagaan Kritikal adalah seperti berikut:

  1. ICU Umum (General ICU)
  2. Unit Rawatan Separa Kritikal (Intermediate Dependency Care Unit, IDCU)
  3. ICU Kardiotorasik
  4. Unit Penjagaan Koronari
  5. ICU Neurosurgikal
  6. ICU Pediatrik
  7. ICU Neonatal
  8. Wad Bersalin


Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini adalah berpandukan piawaian yang diperincikan dalam Malaysian Society for Quality in Healthcare (MSQH) Critical Care Service Standards.

Setiap Unit Rawatan Kritikal ini diketuai oleh Pakar atau Perunding yang dilantik oleh Jabatan induk Unit berkenaan. Pada masa yang sama, kedua-dua Ketua dan Matron Unit Perkhidmatan Rawatan Kritikal akan menyelaraskan sebarang komunikasi dan perkongsian sumber antara unit-unit ini. Sekurang-kurangnya tiga mesyuarat Perkhidmatan Rawatan Kritikal (juga dikenali sebagai mesyuarat jawatankuasa kecil ICU) diadakan setiap tahun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Surgikal) hospital dan dihadiri oleh Ketua dan Matron Unit Perkhidmatan Rawatan Kritikal, wakil perubatan dan kejururawatan setiap unit rawatan kritikal, dan wakil dari Jabatan Kawalan Jangkitan, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan dan Jabatan Kejuruteraan.

ICU Umum (General ICU), sebagai tambahan, menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • Pasukan Jangkauan Rawatan Kritikal (Critical Care Outreach Team, CCOT)
  • Pasukan Respons Kod Biru
  • Klinik Pasca-ICU (bermula pada 2023 untuk pesakit terpilih)

 

1. Minggu Kesedaran ‘Pressure Injury’ di bulan Mac and November 2023

  

 

2. Minggu Mobilisasi di ICU pada bulan Julai 2023

  

 

3. Bengkel Tahunan Penjagaan Pesakit yang Memerlukan Rawatan Mesin Pernafasan

  

 

4. Sesi bersama Pendidikan Berterusan untuk doktor, jururawat dan pembantu pegawai perubatan (setiap Khamis)

 

 

5. Program ‘ICU Rehab: Let’s Move It’ pada tahun 2022

  

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my