Jabatan Surgeri Ortopedik



Jabatan Surgeri Ortopedik telah memainkan peranan yang penting dalam rawatan pesakit-pesakit semenjak penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malya (dahulunya dikenali sebagai University Hospital) pada tahun 1967. Hopsital ini telah dibina bagi melengkapi pengajaran formal dan kajian-kajian perubatan di bawah Fakulti Perubatan Universiti Malaya, dan jabatan telah berjaya memastikan ianya kekal relevan dan penting sehingga ke hari ini. Sepanjang 50 tahun yang lalu, rawatan penyakit-penyakit musculoskeletal (bahagain otot-otot dan tulang) di hospital ini telah berubah daripada merawat penyakit-penyakit akut seperti kepatahan dan jangkitan kuman kepada “baiki dan ubah suai” dalam meningkatkan mutu kehidupan. Seraya dengan pembangunan dan kemajuan negara, fokus rawatan telah berubah daripada memastikan kelangsungan hidup, kepada penambah-baikan fungsi-fungsi harian pesakit.

Era untuk seorang pakar bedah ortopedik am semakin malap disebabkan oleh rawatan penyakit-penyakit muskculoskeletal yang semakin kompleks dan memerlukan tumpuan yang lebih teliti. Terdapat sembilan sub-kepakaran di jabatan ortopedik dimana ahli-ahlinya dianggap sebagai pelopor di dalam bidang ini dan mereka telah melatih ramai pakar-pakar orthopedik tempatan dan antarabangsa. Selain memberikan perkhidmatan di unit-unit sub-keparan ini, Jabatan Surgeri Ortopedik juga terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang melibatkan pelbagai kepakaran seperti Fracture Liaison Service, Foot Care Clinic, Return-to-Play Clinic, dan Sarcoma Board Meeting.

Pengiktirafan Jabatan Surgeri Ortopedik di tanah air dan antarabangsa telah terbukti saban tahun melalui penerbitan-penerbitan yang telah menyumbang kepada kedudukan yang baik Universiti Malaya di dalam QS World University Ranking. Ini hanya mampu dicapai dengan penubuhan National Orthopaedic Center of Excellence for Research and Learning (NOCERAL) dengan sokongan Yayasan Ortopedik.

NOCERAL ketika ini mempunyai sebuah bank tulang, lapan makmal dan sebuah perpustakaan, di mana ianya menjadi platform untuk aktiviti-aktiviti kajian pascasiswazah yang diterajui oleh Kumpulan Kejuruteraan Tisu (TEG). Projek-projek ini telah membantu ramai pelajar-pelajar melengkapkan program doktor falsafah dan ijazah sarjana dan juga menghasilkan Platelet-Derived Extracellular Vesicle (P-EV) sebagai satu produk rawatan untuk pelbagai penyakit-penyakit musculoskeletal. Penerbitan-penerbitan daripada hasil kerja TEG dan Spine Research Unit – sebuah lagi “kilang” penerbitan untuk jabatan – telah menjadikan Jabatan Surgeri Ortopedik antara penyumbang terbesar untuk penerbitan di bawah Fakulti Perubatan.

NOCERAL juga delengkapi dengan teknologi pemodelan dan pencetakan 3D yang diguna pakai terutama sekali untuk pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan penukaran dan pengubahsuaiain sendi yang kompleks. Bersama-sama dengan makmal biomekanik, kami merupakan antara sebilangan kecil pusat kajian yang mempunyai kebolehan untuk membuat projek-projek yang melibatkan percubaan “penekanan” secara in-house. Disamping itu, dengan kemudahan-kemudahan lain yang sedia ada, kami boleh menjalankan pelbagai bengkel-bengkel dan kursus-kursus mini: Microsurgery Course, Ponseti and Hip Spica Course, dan Ilizarov/Taylor Spatial Frame Course. Kursus-kursus dan bengkel-bengkel ini dihadiri oleh pakar-pakar bedah ortopedik dan pelatih dari seluruh negara dan antarabangsa.

Visi

Untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan semua sub kepakaran di Jabatan Surgeri Ortopedik dan menyediakan bimbingan di dalam pengajaran, latihan dan kajian.

Misi

  1. Memberikan rawatan yang terbaik di dalam bidang Surgeri Ortopedik kepada pesakit.
  2. Memberikan latihan kepada pelajar-pelajar klinikal pasca-sisawazah bagi memenuhi keperluan untuk pakar-pakar bertaraf antarabangsa yang berkaliber tinggi, berpengetahuan dan kompeten.
  3. Melakukan kajian-kajian yang berguna dan berkualiti tinggi, berkaitan dengan bidang Surgeri Ortopedik yang akan membantu menambah baik pengetahuan dan hasil rawatan di dalam bidang ini, bagi peringkat tempatan dan antarabangsa.
  4. Menghasilkan penerbitan-penerbitan yang berkualiti tinggi yang boleh mendapat pengiktirafan dan produk-produk rawatan Ortopedik yang baru dan boleh dikomersilkan.
  5. Mengurus dan melakukan activiti-aktiviti di dalam bidang Surgeri Ortopedik di dalam bentuk seminar, perbincangnan, forum, kursus dan bengkel bagi menyebarkan maklumat, pengetahuan dan maklumat terkini kepada setiap lapisan masyarakat termasuk golongan professional dan akademik.

 

1. Jabatan Surgeri Ortopedik,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Jalan Professor Diraja Ungku Aziz
59100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel : +603-7949 2446
Fax : +603-7949 4642
Email:  kj_ors@ummc.edu.my

2. National Orthopaedic Center of Excellence for Research and Learning (NOCERAL),
Jabatan Surgeri Ortopedik,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-7967 7873 / +603-7949 2061
Fax: +603- 7949 4642
Email: noceral@um.edu.my
Laman web: noceral.um.edu.my

Perkhidmatan Ortopedik merangkumi konsultasi, diagnosa, kaunseling, rawatan, pengelakan dan rehabilitasi.

Jabatan Surgeri Ortopedik akan emberikan perkhidmatan klinikal seperti yang berikut:

  • Konsultasi Ortopedik dan rawatan selama 24 jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma
  • Perkhidmatan Pesakit Luar, Pesakit Dalam, dan Pembedahan Harian
  • Perkhidmatan Subkepakaran

 

1. Perkhidmatan Pesakit Luar

Perkhidmatan klinik pesakit luar diberikan sepanjang waktu bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.

Klinik Pesakit Luar Surgeri Ortopedik akan dibuka untuk pendaftaran kepada pesakit pada waktu-waktu berikut:

  • 7.45 pagi – 11.00 pagi untuk sesi pagi
  • 1.45 petang – 3.00 petang untuk sesi petang

 

2. Perkidmatan Pesakit Dalam

Jabatan Surgeri Ortopedik mempunyai perkhidmatan pesakit dalam yang merangkumi sub-kepakaran berikut:

  • Trauma
  • Pembedahan Spina dan Rehabilitasi
  • Pembedahan Anggota Atas dan Rekonstruktif Mikrosurgeri
  • Bahagian Rekonstruktif Sendi
  • Pembedahan Kaki dan Buku Lali
  • Pembedahan Pemanjangan Anggota dan Rekonstruktif
  • Pembedahan Ortopedik Onkologi
  • Pembedahan Pediatrik Ortopedik
  • Pembedahan Kecederaan Sukan

 

3. Perkhidmatan Pembedahan Harian

Jabatan menyediakan perkhidmatan pembedahan harian untuk pembedahan kecil seperti arthroscopy, pembedahan luka, tendon adhesiolysis, pembuangan implant dan pembuangnan ganglion

4. Subspecialty Services

Trauma
Menyediakan perkhidmatan rawatan untuk pesakit kecederaan musculoskeletal selain daripada bahagian spina dan tangnan yang akan dikelolakan oleh pasukan masing-masing.

Pembedahan Spina dan Rehabilitasi
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit-pesakit spina yang mengalami kecederaan akut dan pelbagai punca penyakit-penyakit spina yang lain

Pembedahan Anggota Atas dan Rekonstruktif Mikrosurgeri
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit yang mengalami masalah di bahagian anggota atas dan kesemua rawatan yang melibatkan mikrosurgeri.

Bahagian Rekonstruksi Sendi
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit yang mempunyai penyakit primer dan sekunder di bahagian sendi termasuk pembedahan penukaran sendi pinggul dan lutut.

Pembedahan kaki dan buku lali
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit dengan masalah di bahagian kaki dan buku lali.

Pembedahan Pemanjangan Anggota dan Rekonstruksi
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit dengan penyakit di bahagian anggota tangan atau kaki yang dirujuk untuk prosedur pemanjangan dan rekonstruksi

Ortopedik Onkologi
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit dengan penyakit-penyakit ortopedik onkologi.

Pembedahan Pediatrik Ortopedik
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit (sebelum kematangan tulang) yang mengalami trauma dan penyakit-penyakit musculoskeletal yang lain dengan kerjasama bahagian Spina, Onkologi, dan Bahagian Anggota Atas dan Mikrosurgeri.

Pembedahan kecederaan sukan
Menyediakan khidmat rawatan untuk pesakit dengan kecederaan sukan (pesakit akan dirawat oleh Jabatan Surgeri Ortopedik dan Jabatan Perubatan Sukan diaman persetujuan akan diperoleh oleh kedua-dua pihak)

5. Risalah



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my