Unit Etika Penyelidikan Perubatan



Unit Etika Penyelidikan Perubatan (MREU) ditubuhkan untuk mempromosikan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan etika penyelidikan perubatan dan kesihatan, serta melaksanakan standard etika dalam penyelidikan di UMMC. MREU juga menyediakan sokongan operasi kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC).

Sekretariat MREC berperanan sebagai tulang belakang dalam aktiviti berterusan permohonan etika penyelidikan bermula daripada menerima permohonan baru, pemantauan aktiviti penyelidikan sepanjang tempoh kajian, sehingga penutupan kajian. Semua penyelidikan perubatan yang melibatkan manusia harus mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan - Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC-MREC).

Unit Etika Penyelidikan Perubatan (UEPP)
Tingkat 3, Menara Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lembah Pantai, 59100
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-7949 3209 / 8473 / 4656
Email: ku_uepp@ummc.edu.my , ummc-mrec@ummc.edu.my
MREC website: https://www.ummc-mrec.org/

Komponen utama di UEPP ialah seperti berikut:

  1. Pentadbiran
    • Urusan pentadiran Sekretariat Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC).
  2. Pendidikan dan Latihan
    • Latihan dan bengkel untuk membimbing penyelidik dalam mengisi permohonan awal etika, permohonan pasca kelulusan dan pemantauan keselamatan.
  3. Bantuan Teknikal dan Perunding Profesional
    • Memberi nasihat/ tunjuk ajar kepada penyelidik dari aspek etika penyelidikan.
    • Menyediakan kepakaran dalam membangunkan atau menyemak dasar dalam industri penjagaan kesihatan, dasar perundingan etika penyelidikan kesihatan, rangka kerja peruntukan sumber dan sebagainya.
  4. Penyelidikan dan Pembangunan
    • Aktiviti penambahbaikan kualiti dan projek penyelidikan untuk menambah baik aliran/ proses kerja.
    • Menjalankan projek penyelidikan kolaboratif antara pelbagai disiplin di peringkat tempatan dan antarabangsa.

 

  1. Menerima pengiktirafan dan akreditasi daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menerima pengiktirafan dan akreditasi daripada Forum for Ethical Review Committees in Asia and the Western Pacific (FERCAP).
  3. Terlibat sebagai tempat praktikum untuk program Ijazah Sarjana Etika Penyelidikan Kesihatan (MOHRE) dan juga menerima pemerhati dari pelbagai jabatan dan institusi.
  4. Bengkel permohonan etika penyelidikan perubatan tahunan.
  5. Penyertaan dalam karnival penyelidikan.
  6. Perundingan etika penyelidikan secara walk-in, emel dan panggilan telefon.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my