Jabatan Kewangan



Jabatan Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan perakaunan PPUM dengan memastikan penggunaan sumber dan penjanaan dana yang efisien berlandaskan peruntukan dan peraturan yang telah ditetapkan.

  1. Fungsi dan Peranan Jabatan
    Jabatan Kewangan bertanggungjawab menguruskan kewangan dan perakaunan PPUM dengan memastikan penjanaan dan penggunaan sumber adalah mematuhi peraturan dan tatacara pengurusan kewangan Kerajaan.

  2. Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kewangan terdiri daripada:
    1. Bahagian Kawalan dan Pematuhan
    2. Bahagian Hasil
    3. Bahagian Pengurusan Kewangan
      1. Bahagian Kawalan dan Pematuhan
        Bahagian ini bertanggungjawab memastikan integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan berada pada tahap tertinggi melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pengurusan kewangan supaya dipatuhi oleh semua bahagian di dalam Jabatan Kewangan.
      2. Bahagian Hasil
        Bahagian Hasil terdiri daripada:
        1. Unit Kutipan Hasil Pesakit
          Unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kutipan hasil pesakit. Perkhidmatan yang disediakan adalah mengutip deposit kemasukan wad, pengeluaran invois rawatan, terimaan bayaran dan susulan bil tunggakan. Pembayaran boleh dibuat dengan cara bayaran (http://www.ummc.edu.my/patient/ePayment.asp?) yang disediakan.

        2. Unit Kutipan Hasil Bukan Pesakit
          Unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kutipan hasil bukan pesakit yang melibatkan sewaan ruang, bil utiliti, langgar janji, yuran kursus dan lain-lain perkhidmatan. Pembayaran boleh dibuat dengan cara bayaran (http://www.ummc.edu.my/patient/ePayment.asp?) yang disediakan.

        3. Unit Taksiran
          Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan kepada pesakit yang mempunyai masalah pembayaran bil rawatan pesakit.

      3. Bahagian Pengurusan Kewangan
        Bahagian Pengurusan Kewangan terdiri daripada:
        1. Unit Belanjawan dan Percukaian
          Unit Belanjawan bertanggungjawab menyediakan permohonan anggaran Belanjawan Tahunan PPUM kepada Agensi Pusat, mengagihkan Belanjawan Tahunan kepada Jabatan, memantau belanjawan dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan serta memberi khidmat nasihat berhubung belanjawan PPUM.

          Manakala Unit Percukaian bertanggungjawab mengutip dan membayar cukai, menyediakan laporan GST-03, menyediakan tuntutan kredit input sekiranya boleh dituntut serta memberi khidmat nasihat berhubung percukaian PPUM.

        2. Unit Pembayaran dan Pengurusan Tunai
          Unit Pembayaran bertanggunjawab menyediakan bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi setiap bekalan, perkhidmatan, kerja-kerja, tuntutan bayaran dan lain-lain jenis bayaran dengan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan.

          Manakala Unit Pengurusan Tunai bertanggungjawab dalam memantau baki wang tunai di dalam Akaun Terimaan serta Akaun Pembayaran melalui sistem e-Banker dan mengawal Panjar Wang Runcit serta melaksanakan pengurusan ke atas Pelaburan PPUM.

        3. Unit Pengurusan Aset
          Unit ini bertanggungjawab menguruskan urusan berkaitan pendaftaran aset, pemeriksaan aset, pelupusan dan kehilangan serta hapus kira aset.

        4. Unit Perakaunan
          Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan penyediaan Penyata Kewangan bagi melaporkan prestasi kewangan PPUM secara menyeluruh serta tujuan pengauditan bagi memastikan kedudukan Penyata Kewangan PPUM benar dan saksama. Disamping itu, sentiasa memastikan semua akaun, lejar am, buku tunai dan jurnal pelarasan direkodkan dengan betul dan semua modul membuat penutupan bulanan.

  3. Waktu operasi kaunter-kaunter bayaran adalah:

    LOKASI KAUNTER

    MASA OPERASI

    Kaunter Bayaran Menara Selatan
    Tingkat 1, Menara Selatan
    (Lobi Menara Selatan)

    Isnin – Sabtu :
    8.00 pagi hingga 9.00 malam

    Ahad dan Cuti Umum:
    10.00 pagi hingga 5.00 petang

    Kaunter Bayaran Unit Hasil
    Tingkat Bawah, Menara Utama

    Isnin – Jumaat :
    8.00 pagi hingga 4.30 petang

    Kaunter Bayaran Menara Timur
    Tingkat 2, Menara Timur

    Isnin – Jumaat :
    8.00 pagi hingga 4.30 petang

    Kaunter Bayaran Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak
    Tingkat 2, Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak

    Setiap Hari
    Dibuka 24 jam

    Kaunter Bayaran Klinik-klinik Pakar (Pesakit Luar)

    Isnin – Jumaat :
    8.00 pagi hingga 4.30 petang

    Kaunter Bayaran, Jabatan Perubatan Kecemasan

    Setiap Hari
    Dibuka 24 jam



  4. Nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan lanjut:

    Nombor Telefon : 03-79492204
    Nombor Faks : 03-79562048
    Emel : kj_fin@ummc.edu.my

1. Pelaksanaan Sistem i-Fast


Sistem ini diperkenalkan untuk melancarkan penurunan kuasa kepada Pegawai Pelaksana yang menguruskan hal ehwal kewangan di PPUM.

2. Memperkenalkan Kad Akses Staf PPUM yang baharu dengan kerjasama Bank Islam

Kad akses baharu ini diperkenalkan bukan sahaja sekadar kad akses kepada staf PPUM, malah boleh digunakan sepenuhnya sebagai kad transaksi pembayaran, kad bank dan kad diskaun bagi pembelian di premis perniagaan di PPUM.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my