Jabatan Kerja Sosial Perubatan



Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali sebagai Hospital Universiti) pada tahun 1968. Jabatan yang pada awalnya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan dan kemudiannya PTJ Kebajikan Perubatan ini telah mengalami perkembangan dan ditukar kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan pada 2014.

Objektif Umum
Membantu pesakit menjalani proses perawatan dan pemulihan di PPUM melalui perkhidmatan kerja sosial perubatan yang cekap, berkesan dan bermanfaat bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial pesakit.

Objektif Khusus
Membantu pesakit yang memerlukan dengan :

  • Melaksanakan proses penilaian biopsikososial terhadap pesakit yang dirujuk bagi membolehkan keperluan dan intervensi yang bersesuaian dilakukan mengikut kesediaadaan sumber.
  • Menyediakan khidmat bimbingan, sokongan dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga bagi menangani isu dan impak biopsikososial yang dihadapi.
  • Menyediakan khidmat pengurusan krisis kepada pesakit dan keluarga bagi membantu menangani krisis yang dialami.
  • Membantu pesakit dengan bantuan praktikal dan kewangan bagi menjayakan proses perawatan.
  • Membantu proses perancangan discaj pesakit ke arah kefungsian dalam komuniti.
  • Memudahcara pengurusan kes melalui kerjasama bersama pesakit, keluarga dan pasukan pelbagai disiplin.
  • Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik dengan agensi penyedia bantuan dalam komuniti.
  • Melaksanakan pengajaran bagi menyampaikan maklumat berkaitan bidang kerja sosial perubatan.

 

Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 2, Menara Timur,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
59100 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur
Telefon: 03-7949 3215/ 03-7949 2021

Perkhidmatan yang disediakan adalah :

  1. Perkhidmatan Pesakit
    • Penilaian biopsikososial
    • Bantuan kewangan
    • Sokongan sosial dan kaunseling
    • Pengurusan discaj
    • Pengurusan krisis
    • Bantuan praktik
    • Penghubung sumber komuniti
  2. Pengajaran
  3. Penyelidikan
  4. Perkhidmatan Tambahan
    • Tabung PPUMCare
    • Peminjaman Peralatan Respiratori
    • Sukarelawan MY K.A.W.A.N
    • Tugas Atas Panggilan - Keganasan Rumah Tangga

 

  1. Lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Shah Alam bagi membincangkan isu-isu tentang pendaftaran kelahiran kanak-kanak terutama bagi kes-kes  yang berkaitan dengan isu sosial yang tiada sebarang pengenalan diri.
  2. Jabatan ini telah diberi tanggungjawab sebagai Sekretariat Tabung Covid 19 yang mana mengawal selia segala sumbangan yang diterima dari pihak badan kerajaan, bukan kerajaan, swasta dan individu yang bermurah hati menderma bagi tujuan pembelian barangan dan peralatan perubatan perawatan pesakit yang disaring dan dirawat di PPUM.
  3. Bekerjasama dengan SK Satu Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Petaling untuk menganjurkan Program U Inspire Me di SK Satu Sultan Alam Shah.
  4. Menjayakan sambutan World Rare Disease Day kerjasama dengan Rare Disease Alliance Foundation Malaysia.
  5. Menyertai sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat Pusat Perubatan Universiti Malaya  yang dianjurkan oleh Jabatan Oftalmologi.
  6. Menghadiri The 2nd International Conference on Social Work: A Catalyst For Changing Societies and Social Cohesion In Diverse Society  pada 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020 di University of Muhammadiyah Jakarta. Kertas saintifik Surrogacy Case Study: Issues and Challenges in Medical Social Work Setting, telah dibentangkan pada konferen tersebut.
  7. Lawatan telah dilakukan ke Instalasi Rehabilitasi Rumah Sakit Jiwa Dr.Soeharto Heerdjan, Jakarta dan Balai Rehabilitasi Sosial Watunas Mulya Jaya, Jakarta  dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.
  8. Bengkel Penjagaan Palliatif dari Aspek Psikososial telah diadakan pada 2 Oktober 2020.
  9. Bekerjasama dengan Violence Intervention Committee dan Jabatan Perubatan Rawatan Utama untuk menganjurkan kursus Strategies Against Violence and Aggression - Domestic Violence (STAR-DV) 1.0 Online Training Course.
  10. En. Mohamed Afiq Mohamed Fauzi (Pegawai Pembangunan Masyarakat) telah membentangkan kertas saintifik di The 2nd International Conference On Social Work:  A Catalyst for Changing Societies and Social Cohesion in Diverse Society di Jakarta, Indonesia pada 29 Februari 2020 bertajuk Surrogacy case study:  Issues and Challenges in Medical Social Work Settings.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my