Jabatan Audit Dalam



Jabatan Audit Dalam bertanggungjawab membantu pengurusan PPUM mencapai matlamat dengan membuat penilaian ke atas risiko yang dihadapi, menilai dan memperbaiki kawalan dalaman, mengesyorkan penambahbaikan dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Pengauditan dijalankan mengikut Rancangan Audit Tahunan yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh Jawatankuasa Audit atau Pengarah PPUM dari semasa ke semasa.

03-79492276
Email: kj_iau@ummc.edu.my
Jabatan Audit Dalam
Tingkat 14, Menara Utama,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
59100 Kuala Lumpur

  • Menjalankan Audit Pengurusan/ Audit Prestasi, Audit Pengurusan Kewangan, Audit Teknologi Maklumat, Audit Khas dan Audit Penampilan.
  • Memberikan syor bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan membuat susulan terhadap tindakan pembetulan yang telah dibangkitkan.
  • Membentangkan laporan audit di Jawatankuasa Audit (JKA), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan Lembaga Pengurus (LP).

  • Menjalankan Audit Kewangan bagi memastikan hal-hal berkaitan peraturan kewangan, penyimpanan rekod dan pengurusan aset adalah diselenggarakan dengan cara yang betul bagi menentukan sumber-sumber digunakan secara ekonomi dan selamat.
  • Menjalankan Audit Pengurusan yang berhubung kait dengan tanggungjawab pengurusan dalam pengurusan dana awam, harta benda, staf dan sumber-sumber lain bagi memastikan semua operasi pengurusan dan sistem maklumat adalah telus, efektif, efisyen dan boleh dipercayai.
  • Menjalankan audit khas (tidak berjadual) seperti yang diarahkan oleh Pengarah PPUM dan Jawatankuasa Audit.
  • Menjalankan Audit Susulan bagi memastikan tindakan yang diambil adalah berdasarkan laporan Audit Kewangan, Audit Pengurusan dan Audit Khas.
  • Menjalankan tindakan susulan ke atas laporan Ketua Audit Negara dan agensi luar yang lain.
  • Menjalankan Audit Teknologi Maklumat bagi menilai risiko, tadbir urus dan kawalan dalam sistem yang dibangunkan.
  • Menjalankan Audit Penampilan (Pemeriksaan Mengejut) bagi memantau operasi kewangan berjalan dengan baik dan berkesan.
  • Membantu pihak pengurusan atasan dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan lengkap melalui laporan audit kepada Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Lembaga Pengurus PPUM.

 

 

1. Pemeriksaan stok

2. Pemeriksaan fizikal aset

3. Menjalankan audit dengan mengemukakan soalan dan mengumpulkan bukti

4. Menyemak laporan audit



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my