Jabatan Pengimejan Biomedikal



Jabatan ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik dan terapeutik serta radiologi intervensional kepada pesakit termasuk dalam bidang perubatan nuklear.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah x-ray am, x-ray khusus seperti skan tomografi berkomputer, fluoroskopi, angiografi, pengajian fluoroskopi/ berium, urografi intravena, mamografi, kardiografi, pemeriksaan pemgimejan pancreatografi kolangio retroged endoskopik (ERCP), pengimejan dewan bedah, prosedur litoripsi dan prosedur invasif minimal.


Manakala Perubatan Nuklear merangkumi perkhidmatan diagnostik dan rawatan terapeutik. Perkhidmatan diagnostik meliputi Tiroid and Paratiroid, Skeletal, Kardiovaskular, Renal dan trek Urinari, Pulmonari, Gastro Usus dan Hepatobiliari, Sistem saraf pusat, Jangkitan dan Onkologi, Lakrimal dan Salivari, Ketumpatan Mineral Tulang, dan lain-lain kajian.

Rawatan terapeutik pula meliputi terapi radioiodin-131 berdos rendah untuk tirotikosis, terapi radioiodin-131 berdos tinggi untuk kanser tiroid, sinar Beta strantium-90, Terapi Pytergium Zevalin Sinar Beta Yttrium-90 dan Limfoma Hodgkin sel B.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my