Jabatan Pengurusan Fasiliti



Unit Pengurusan Fasiliti bertanggungjawab dalam urus tadbir pelbagai perkhidmatan sokongan di PPUM. Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diuruskan secara outsourcing adalah seperti pembersihan dalaman bangunan, pengurusan sisa klinikal, pengurusan linen pesakit, pencucian cermin aras tinggi dan kawalan serangga dan makhluk perosak. Manakala perkhidmatan operasi yang dijalankan secara internal meliputi perkhidmatan percetakan, pengurusan logistik, perkhidmatan mel, pengurusan bilik mesyuarat dan pengurusan linen bukan pesakit.

Unit Pengurusan Fasiliti
Tel : 03- 7949 2046 / 3630
Emel : ku_fas@ummc.edu.my

  1. Penyelenggaraan Rutin & Pencegahan
    • Pembersihan Dalam Bangunan
    • Pengurusan Sisa Klinikal
    • Pengawalan Serangga dan Haiwan Makhluk Perosak
  2. Penyelenggaraan Terancang
    • Pencucian Cermin Aras Tinggi dan Aluminium Cladding
    • Pengurusan Sisa Berjadual
      • Sisa Kimia
      • Sisa Elektrik & Elektronik (e-waste)
  3. Pengurusan Linen
    • Pembekalan dan Pencucian Linen Pesakit
    • Perolehan dan Pembekalan Linen Bukan Pesakit
    • Perolehan dan Pembekalan Pakaian Seragam
  4. Perkhidmatan Operasi
    • Perkhidmatan Percetakan
    • Pengurusan Mel
    • Pengurusan Logistik
    • Pengurusan Bilik Mesyuarat 

1. Pengenalan Tong Sampah Berkembar 

Menyediakan tong sampah berkembar untuk tujuan pengasingan sisa di punca. Dua jenis tong sampah diperkenalkan iaitu Tong bahan kitar semula berwarna hijau dan tong sisa umum berwarna biru

 

2. Pemusatan Tong Sampah

Pengenalan sistem Satu Pejabat Satu Tong (SPST) di semua pejabat dan bilik-bilik pegawai

3. Mewujudkan Stesen Kitar Semula

Menyediakan beberapa tong kitar semula pelbagai di satu stesen bagi tujuan pengasingan yang lebih khusus. Tujuan utama dalah untuk mendidik warga kerja dan pelanggan PPUM budaya kitar semula.

 

4. Pengasingan Botol Saline

Penyediaan tong tambahan di kawasan klinikal seperti wad dan makmal untuk botol saline dan botol lain yang tidak diklasifikasi sebagai sisa klinikal. Melalui program ini, PPUM telah membuat penjimatan hampir RM200,000.00 setahun pembayaran kepada kontraktor.

5. Pusat Kitar Semula Pandu Lalu

Program ini adalah salah satu inisiatif bagi menggalakkan individu atau jabatan/unit untuk menghantar barang-barang kitar semula yang terkumpul dan dijual di pusat kitar semula pandu lalu bertempat di rumah sampah PPUM pada hari rabu setiap minggu.

6. Projek Eco Enzim

Projek eco-enzyme adalah salah satu inisiatif di bawah Program Hijaukan PPUM. Bagi projek rintis ini, Unit Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama Jabatan Dietetik.

Sebanyak 300kg sisa dapur segar daripada Dapur Utama PPUM telah dikumpul dan menghasilkan 6 tong drum cecair eco-enzyme.

Antara manfaat eco-enzyme adalah sebagai

  1. Disinfektan (nyahkuman),
  2. Penanggal kesan minyak,
  3. Pencuci sayur-sayuran,
  4. Pembersih air kumbahan,
  5. Baja dan racun serangga untuk tanaman,
  6. Pencuci ladang ternakan
  7. Penyegar udara organik.

 

7. Projek Sisa Sifar

PPUM menghasilkan sekurang-kurangnya 500kg sisa dan lebihan makanan pesakit setiap hari. Jumlah besar ini jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan timbunan yang dahsyat di pusat pelupusan sampah negara yang akan memberi kesan kepada pemanasan global.

Dalam usaha menyelamatkan alam sekitar, inisiatif projek sisa sifar digerakkan oleh Unit Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama Jabatan Dietetik, kontraktor sajian makanan pesakit.

Sisa dan lebihan makanan pesakit diasingkan secara betul .Sisa organik telah pun diagih seperti berikut

  1. UM Zero Waste Campaign (UMZWC) untuk penghasilan baja kompos.
  2. Ladang2 ternakan Hulu Langat sebagai makanan ayam dan itik.
  3. Plastik, kotak dan kertas dijual ke Pusat Kitar Semula PPUM.


Hasilnya hampir sifar sisa yang perlu dibuang ke pusat pelupusan sampah.

8. Program Khidmat Masyarakat

Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan semangat cintakan alam sekitar. Seramai 20 orang staf Unit Pengurusan Fasiliti terlibat dalam aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perkelahan Hutan Lipur Sungai Gabai.

 

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my