Jabatan Perubatan Sukan



Perubatan Kesukanan ialah satu bidang khusus yang didedikasikan untuk menangani isu perubatan yang berkaitan dengan sukan, senaman dan masalah muskuloskeletal. Perubatan Kesukanan bukan sahaja menumpukan rawatan kepada atlet profesional tetapi meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, dan warga emas tanpa mengira jantina. Bagi masalah muskuloskeletal, Jabatan Perubatan Kesukanan menawarkan rawatan kesakitan akut dan kronik, rawatan kecederaan, penilaian otot dan biomekanik, intervensi, rehabilitasi dan preskripsi alatan bantuan/sokongan.

Selain daripada pengurusan kecederaan, Perubatan Kesukanan juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecergasan fizikal individu untuk semua peringkat umur, tanpa mengira tahap aktiviti melalui kaedah yang terbukti secara saintifik untuk meningkatkan prestasi dalam sukan dan senaman. Ini bagi memastikan atlet atau individu lain mencapai potensi terbaik mereka dengan selamat dan berkesan.

Klinik Perubatan Kesukanan juga menjalankan ujian kecergasan dengan stratifikasi risiko, dan preskripsi senaman yang bersesuaian secara individu atau secara berkupulan. Ini adalah bagi memastikan individu dapat melakukan senaman dengan selamat dan secara berkesan. Individu dengan penyakit tidak berjangkit kronik (non-communicable disease) dapat mendapat faedah yang optimum melalui senaman yang selamat dan sesuai dengan kondisi mereka. Di Jabatan Perubatan Kesukanan kami mempromosikan senaman adalah penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan, kesejahteraan, dan kesihatan secara amnya.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah mendapat pengiktirafan berprestij daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai salah satu Pusat Perubatan Kecemerlangan bagi tempoh 2023-2028. Penghargaan ini adalah bukti komitmen PPUM terhadap kecemerlangan dalam bidang perubatan sukan. Selain itu, kerjasama PPUM dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang diperkukuh melalui Memorandum Persefahaman untuk tempoh yang sama, menekankan lagi peranan utamanya dalam memajukan perubatan sukan dan penjagaan atlet di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Klinik Perubatan Sukan terletak di Tingkat 11, PPUM Menara Selatan. Klinik beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dalam dua sesi:
    • 9:00 pagi hingga 1:00 petang (Sesi pagi)
    • 2:00 petang hingga 4.30 petang (sesi petang)
  • Perkhidmatan disediakan semasa waktu pejabat yang merangkumi tiga bidang utama:
    • Sukan berprestasi tinggi
    • Penyakit Umum Muskuloskeletal
    • Perubatan dalam Kesukanan dan Senaman
  • Ujian stres senaman
    • Jumaat jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
  • Klinik Pemakanan Kesukanan
    • Khamis 9:00 pagi hingga 1:00 petang
  • Preskripsi dan Latihan Senaman
  • Analisa biomekanik
  • Program BeFiTT (untuk Kakitangan PPUM)
  • Sports Medicine Enrichment Programme (SMEP)
    • Perlindungan perubatan sukan
    • Peperiksaan Pra-penyertaan atau Atlet Profesional dan individu yang aktif secara fizikal
    • Seminar dan perundingan mengenai kecergasan dan kesejahteraan
  • Makmal Prestasi
    • Ujian isokinetic
    • Ujian Latihan Kardiopulmonari
    • Analisis komposisi badan
    • Mesin keseimbangan biodex

  • World Physical Activity Day
  • Healthy Lifestyle Activity Week
  • Kids Obesity Camp @UMMC
  • Fitness Marathon
  • Kursus Pengenalan Master of Sports Medicine
  • Sports and Exercise Medicine Webinars dengan kerjasama universiti antarabangsa seperti Universitas Indonesia
  • Women in Exercise and Sports Symposium
  • Sports and Exercise Medicine Conference
  • Ultrasound-guided Musculoskeletal Pain Intervention
  • Weekly Continuing Medical Education (CME), Journal Club and Sports Radiology Conference
  • Outreach programme bersama PPUM dan agensi lain
  • Perlindungan Sukan
  • Preparticipation Medical Assessment
  • Fitness assessment



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my