Jabatan Otorinolaringologi



Jabatan Otorinolaringologi terletak di Blok P, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Bersama penubuhan Universiti Malaya, jabatan ini merupakan antara pusat kepakaran Otorinolaringologi terawal di Malaysia.  Klinik dan wad Otorinolaringologi terletak di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang merupakan hospital pengajaran yang memberikan perkhidmatan perawatan kepada pesakit dan pada masa yang sama memberikan tunjuk ajar kepada pelajar perubatan siswazah dan pasca-siswazah. Di samping Klinik Pesakit Luar dan perkhidmatan pesakit dalam bagi masalah telinga, hidung dan tekak, pengurusan dan kajian Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) juga diberikan penekanan penting untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan komuniti pengamal perubatan tentang penyakit ini yang sangat lazim dihidapi di Malaysia.

Sejarah

Jabatan Otorinolaringologi ditubuhkan pada tahun 1967. Berikut merupakan mantan ketua jabatan:

  • Dr Chee Chong Seng (Singapura)
  • Professor Dr Roland Werner (German)
  • Professor Dr Umapathy Prasad (India)
  • Dr Raman. R (India)
  • Dr Vijay Kumar Khanijow (Malaysia)
  • Professor Dato’ Dr Mohd Amin Jalaluddin (Malaysia)
  • Professor Dr Gopalakrishnan. G (Malaysia)
  • Professor Dr Raman. R (India)
  • Prof Madya Dr Rahmat Omar (Malaysia)

Maklumat untuk dihubungi

Jabatan Otorinolaringologi,
Fakulti Perubatan
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 03-79492062
Faks: 03-79556963

Emel: ummc@ummc.edu.my

Jabatan Otorinolaringologi menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan melalui unit pesakit luar, unit pesakit dalam dan unit khas untuk menyediakan rawatan kolaboratif.

Perincian Perkhidmatan

Klinik Pesakit Luar dan Pakar

Klinik beroperasi bagi kes rawatan susulan dan kes baru mengikut Waktu Pejabat biasa dari Isnin hingga Jumaat.

Unit Terapi Pertuturan dan Linguistik

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah seperti senarai berikut tetapi tidak terhad kepada:

  • Penilaian dan diagnosa individu bermasaalah komunikasi (pertuturan).
  • Perkhidmatan Terapi Pertuturan dan LinguistikSpeech bergantung kepada penilaian dan diagnosa.
  • Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga berkaitan kaedah/prosedur terapi bagi memantau komunikasi berkesan, selain memberikan maklumat serta rujukan yang diperlukan mengenai perkhidmatan sokongan lain mengikut keperluan. 
  • Sesi latihan dan bengkel kepada ibu bapa dan pengajar, termasuk program mendidik orang awam mengenai perkhidmatan terapi yang disediakan.

Unit Audiologi

Unit Audiologi Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya menyediakan perkhidmatan diagnosa dan pemulihan audiologi yang komprehensif kepada pelbagai pesakit dalam dan pesakit luar dari pelbagai peringkat umur. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah seperti senarai berikut tetapi tidak terhad kepada:

  • Penilaian Penuh Audiologi
  • Ujian tindakbalas Auditory Brainstem
  • Ujian Otoacoustic Emission
  • Penilaian alat bantuan pendengaran
  • Perkhidmatan implan koklea
  • Kaunseling berkaitan masalah pendegaran dan tinnitus

Unit Masalah Suara dan Laringologi

Unit khas ini menawarkan rawatan komprehensif dalam menguruskan pesakit dengan masalah suara dan phonatory seperti luka lipatan vokal seperti nodul vokal, sista, polipscommon vocal folds lesions like vocal nodules, cysts, polip, dan laryngopharyngeal reflux (LPR). Pesakit akan dinilai menggunakan endoskopi tegar dan fleksibel serta rakaman suara digital untuk dimainkan semula dan dianalisa.

Unit Implan Koklea

Unit ini beroperasi di bawah pasukan pakar implan koklea. Pesakit yang dirujuk akan menjalani pemeriksaan dan penilaian kesesuaian implan koklea. Pesakit yang sesuai menjalani pengimplanan akan diuruskan dengan persediaan menjalani prosedur termasuk rawatan susulan selepas pembedahan dan pemulihan.

Pusat Imbangan

Pusat ini memeriksa dan merawat pesakit yang mempunyai masalah vestibular. Pesakit dirujuk ke Klinik ENT dan klinik lain di dalam dan di luar PPUM. Pusat ini dilengkapi alat Posturografi Dinamik Berkomputer, yang merupakan satu-satunya kaedah pemeriksaan yang digunapakai di negara ini, begitu juga dengan electronystagmography (ENG) dengan stimulasi kalorik.

Pusat Immunoterapi dan Alahan

Merupakan pusat sehenti berkaitan alahan di mana ujian alahan, kaunseling dan terapi dijalankan di sini. Pesakit dirujuk dari Klinik ENT, Pediatrik, Dermatologi, Respiratori dan termasuklah klinik-klinik di luar PPUM. Pusat sehenti ini diuruskan oleh pakar otorinolaringologi bertauliah dan staf yang menjalani latihan khas dalam perawatan alahan.

Pembedahan Elektif dan Kecemasan

Pembedahan elektif boleh dijalankan seperti dijadualkan kecuali dalam situasi kecemasan. Antara peralatan terkini yang digunakan adalah seperti peralatan pembedahan berfrekuensi radio, alatan kuasa (microdebrider), laser karbondioksida (CO2) dengan pemanipulasi robotik dan surgitouch, gerudi otologi berkelajuan tinggi, dan pembedahan berpandukan imej.

Pembedahan Rawatan Harian

Antara kes yang ditangani oleh Pusat Pembedahan Rawatan Harian termasuklah myringotomy and grommet insertion, excision/biopsy of head and neck lump or growth, penyingkiran benda asing, pembedahan sinus endoskopi, pengurangan keretakan tulang hidung dan myringoplasty.

BENGKEL ADVANCED ENDOSCOPIC RHINOLOGY ANTERIOR & ADVANCED OTOLOGY LATERAL SKULLBASE

Bengkel ini diadakan dua kali setahun di Makmal Simulasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya bertujuan memberi pendedahan kepada teknik Endoskopik baharu dalam pembedahan ENT dan Head & Neck. Bengkel ini diadakan pada bulan Februari dan Ogos.


C:\Users\Administrator\Downloads\DSC_4184.JPG



HEALTHY ATHLETES TRAIN THE TRAINER PROGRAMME

Program ini adalah program kolaborasi bersama Fakulti Pergigian UM bagi menjalankan ujian saringan pendengaran dan kesihatan untuk atlet-atlet Special Olympics.

C:\Users\Administrator\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\IMG_1039.jpg



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my