Jabatan Perubatan Transfusi



Jabatan ini berperanan penting dalam menyediakan perkhidmatan transfusi yang selamat dan efektif, menentukan praktis transfusi klinikal adalah sejajar dengan polisi nasional dan antarabangsa, dan memperluaskan skop perkhidmatan transfusi melalui penyelidikan dan latihan kepada anggota medikal, para-medikal dan bukan medikal.

Jabatan ini juga berfungsi sebagai pusat rujukan dan perundingan bagi masalah berkaitan perubatan transfusi. Fungsi ini dapat dicapai melalui penggemblengan tenaga kerja dan kerjasama erat antara unit dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan berkualiti dalam bidang perubatan transfusi.

Selain perkhidmatan klinikal, jabatan juga menawarkan latihan kepada anggota dari dalam dan luar hospital. Antara latihan yang ditawarkan adalah Masters in Transfusion Medicine, Masters in Pathology, Masters in Medical Sciences and Clinical Pathology, MBBS Bachelors in Biomedical Science, MBBS Bachelors in Biomedical Engineering dan juga program Diploma Teknologi Maklmal Perubatan dan Diploma Kejururawatan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Pengumpulan darah
  • Pemprosesan dan pembekalan darah
  • Perkhidmatan makmal rutin
  • Perkhidmatan Aferesis
  • Perkhidmatan Sel Stem
  • Makmal Aliran Saitometri



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my