Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM 200,000.00 kepada Tabung PPUMCare, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Majlis sumbangan ini telah diadakan pada 31 Mei 2018 dimana sumbangan telah diberikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu YB Fahmi Fadzil. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hashim.  Sumbangan ini disalurkan ke Tabung PPUMCare bagi membantu pesakit-pesakit beragama Islam yang kurang berkemampuan.