Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

SUMBANGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Bagi tahun 2018, pihak Lembaga Zakat Selangor telah memberikan sumbangan kepada Tabung PPUMCare sebanyak 2 fasa. Sumbangan yang disalurkan ini adalah digunakan bagi membantu pesakit-pesakit Islam yang bermastautin di Negeri Selangor bagi membolehkan mereka meneruskan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Fasa pertama telah diadakan pada 30 Mei 2018 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bersempena majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj . Tabung PPUMCare telah menerima sumbangan sebanyak RM 250,000.00 dari Lembaga Zakat Selangor. Manakala fasa kedua adalah merupakan dana khas dimana pihak Lembaga Zakat Selangor telah menyumbangkan sejumlah RM 1,000.00.00 kepada Tabung PPUMCare. Majlis penyampaian cek telah diadakan pada 10 September 2018, bertempat di Hospital Shah Alam. Majlis telah dihadiri oleh  DYMM Tengku Permasuri Norashikin binti Abdul Rahman, Tengku Permasuri Selangor.