Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

PROGRAM LARIAN ARTHRITIS AWARENESS FUN RUN 2019

Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasamaUnit Reumatologi, Jabatan Perubatan telah menganjurkan larian ArthritisAwareness Run untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit Arthritis dan mengumpul dana untuk pesakit Radang Sendi serta mengalakkan masyarakat menjalani gaya hidup aktif serta cergas.

Program larian Arthritis Awareness Fun Run telah diadakan di Stadium Arena UM pada 30 November 2019. Melalui larian ini  sebanyak RM71,500.00 telah disumbangkan kepada tabung PPUMCare . Program larian telah dirasmikan oleh YB Ahmad Fahmi bin Mohamad Fadzil , Ahli Parlimen LembahPantai. Turut hadir adalah YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.