News

Oktober   2016


  
MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI JURURAWAT BARU 2016
 Update on: 28/10/2016
 

28 Oktober 2016

YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM hadir merasmikan Majlis Penutup Program Orientasi Jururawat Baru tahun 2016, Majlis Penutup Program Preceptorship Kejururawatan Sesi 2015/2016, Majlis Pembukaan Program Preceptorship Kejururawatan Sesi 2016/2017.

Majlis yang bertempat di Auditorium, Aras 13, Menara Selatan ini turut dihadiri oleh YDH En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan YDH Puan Harbans Kaur a/p Harcharan Singh Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM.

Selamat datang kepada semua Jururawat baru ke Keluarga Besar PPUM. Semoga terus berdedikasi berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

...

  
SAMBUTAN HARI PEMULIHAN CARA KERJA SEDUNIA 2016
 Update on: 28/10/2016
 

22 Oktober 2016

Bertempat di Mydin Mall, USJ, Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM berjaya mengadakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016. Sambutan yang julung kali diadakan di luar PPUM itu telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk menyertai aktiviti dan melihat pameran berkaitan pemulihan cara kerja secara lebih dekat lagi.

Perasmian majlis sambutan telah disempurnakan oleh YDH Puan Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDH Encik Muthuraman Sellathurai Pathar, Wakil Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Dato Dr. Zaliha Omar, mantan Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Lydia Abdul Latif, Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan, Encik Soh Say Beng, Pengurus Klinikal Jabatan Perubatan Pemulihan merangkap Presiden Malaysian Occupational Therapy Association (MOTA) dan Puan Norsilawati Mohd Nor, Ketua Bahagian Pemulihan Cara Kerja.

Sambutan dan pameran turut disertai Unit Tabung Darah Bergerak, Jabatan Perubatan Transfusi PPUM serta pelbagai agensi lain yang juga memberi sokongan padu pada penganjuran kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad kerana sudi memberi tajaan lokasi sebagai tanda sokongan kepada usaha murni PPUM. Tahniah Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM dan semua staf yang telah terlibat menjayakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016!

...

  
MAYBANK TECHNOLOGY GROUP COMMUNITY SERVICE @ UMMC PAEDS WARD
 Update on: 20/10/2016
 15 Oktober 2016

Terima kasih kepada Maybank Technology Group di atas lawatan dan sumbangan yang disampaikan kepada wad serta pesakit kanak-kanak di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, PPUM.

...

  
ISTIADAT KONVOKESYEN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KALI KE-10 2016
 Update on: 20/10/2016
 20 Oktober 2016

Sedang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

...

  
BULAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL 2016
 Update on: 12/10/2016
 10 Oktober 2016

Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM hadir merasmikan sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2016 peringkat PPUM. Sambutan ini telah lama tidak dilaksanakan di PPUM dan menjadi permulaan baru semalam bagi kempen kesedaran yang berterusan tentang kesihatan mental.

Sambutan yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordeen ini turut dihadiri oleh Yang Dihormati En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Prof. Dr. Ahmad Hatim Sulaiman, wakil Ketua Jabatan Perubatan Psikologi PPUM.

Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental ini akan berlangsung sepanjang minggu dan turut memuatkan pameran di Konkos, Menara Utama.

...

  
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FORUM KANSER PAYUDARA PPUM KALI KETIGA
 Update on: 12/10/2016
 9 Oktober 2016

Yang Mulia Prof Dr Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM hadir merasmikan Forum Kanser Payudara anjuran Pusat Sumber Kanser Payudara PPUM dan sekaligus melancarkan buku resipi UMMC Candy Girls iaitu para penghidap kanser payudara di PPUM yang berjaya pulih.

Sambutan minggu kesedaran dan forum pada tahun ketiga ini telah berjalan lancar dengan tema "Fight Breast Cancer: Victory in Unity".

...

  
INTERNATIONAL DAY OF OLDER PERSONS
 Update on: 3/10/2016
 26 SEPTEMBER 2016

Sekitar Majlis Perasmian dan pameran International Day of Older Persons anjuran Unit Geriatrik yang telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Puan Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM....

  
TOTAL LAB AUTOMATION SYSTEM
 Update on: 5/10/2016
 27 September 2016

YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman merasmikan mesin Aptio Track bagi Total Lab Automation System di PPUM yang merupakan trek terpanjang seumpamanya di Malaysia.

...

  
JURURAWAT MUSLIH PPUM
 Update on: 2/10/2016
 4-5 Oktober 2016

Bengkel Jururawat Muslih PPUM yang dijalankan di Pusat Latihan Tabung Haji, Kuala Lumpur....

  
PELANCARAN IORT PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK KANSER PAYUDARA TAHAP AWAL MENGGUNAKAN SISTEM INTRABEAM.
 Update on: 5/10/2016
 4 Oktober 2016

PPUM melancarkan IntraOperative RadioTherapy (IORT) pertama di Malaysia bersempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara peringkat PPUM. Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pencegahan dan lain-lain maklumat berkaitan melalui pameran sepanjang minggu ini di Konkos, Aras G, Menara Selatan dan forum awam yang akan diadakan pada 9 Oktober ini.

Sila hubungi Pusat Sumber Kanser Payudara, PPUM di talian 03-79493642 untuk sebarang pertanyaan selanjutnya.

IntraOperative RadioTherapy (IORT) Video

...

  
MAJLIS PERASMIAN INTRAOPERATIVE RADIOTHERAPY (IORT) PERTAMA DI MALAYSIA
 Update on: 5/10/2016
 4 Oktober 2016

PPUM melancarkan rawatan IORT yang pertama di Malaysia untuk kanser payudara tahap awal. Pelancaran IORT ini bersempena kempen kesedaran kanser payudara peringkat PPUM yang dilaksanakan bagi mendekati masyarakat awam melalui pameran di Konkos, Menara Utama dan juga forum awam pada 9 Oktober 2016 di Auditorium, Menara Selatan.

YABhg. Toh Puan Dr. Hajjah Aisyah Ong, Pro-Canselor Universiti Malaya hadir merasmikan sambutan dan melancarkan mesin IORT ini.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai ,
    59100 Kuala Lumpur

EMAIL

  • Email: ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
  • Fax: 03-79492030

WEBSITE

  • Website: www.ummc.edu.my