News

September   2016


  
BENGKEL PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK
 Update on: 26/9/2016
 20-22 September 2016

Bertempat di Konferen 3, Menara Selatan, pengurusan tertinggi PPUM bersama para pegawai kanan yang terlibat menghadiri bengkel penyediaan dan pembentangan pelan strategik bersama pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri....

  
WORLD PHARMACIST AND DIETITIAN''S DAY 2016
 Update on: 22/9/2016
 21 SEPTEMBER 2016

YDH Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal) PPUM menyempurnakan perasmian World Pharmacist and Dietitians'' Day 2016 peringkat PPUM. Sambutan ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Farmasi dan Jabatan Dietetik PPUM.

Majlis yang berlangsung di Konkos, Menara Utama ini turut menyaksikan pelancaran My Healthy Plate oleh Jabatan Dietetik bagi menggalakkan staf, pesakit dan masyarakat secara keseluruhannya untuk makan pada porsi (portion) yang tepat dan bersesuaian.

Selain itu, Jabatan Farmasi turut melancarkan secara rasmi Video Preskripsi Ubat untuk panduan pesakit dan orang awam.

Sambutan ini bakal berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 September 2016 dengan pameran serta saringan kesihatan percuma di Konkos, Menara Utama....

  
TAHNIAH MALAYSIA!
 Update on: 13/9/2016
 
Seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya turut berbangga dengan pencapaian hebat wira-wira negara di Temasya Sukan Paralimpik Rio 2016!

Jutaan tahniah buat Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli kerana berjaya meraih pingat emas buat Malaysia!...

  
KULIAH FIQH SEMPENA AIDILADHA
 Update on: 13/9/2016
 
YDH Al-Fadhil Ustaz Dr Mohd Shauqi Othman menyampaikan ceramah sempena Aidiladha yang bertajuk "Memahami Ibadah Qurban" di Auditorium Menara Selatan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shauqi dan semua yang telah hadir ke majlis ilmu ini....

  
SALAM AIDILADHA
 Update on: 13/9/2016
 
Seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Selamat menunaikan ibadah Haji dan Qurban.

Salam Ukhwah dari PPUM!...

  
LAWATAN AMAL OLEH MCEF ALUMNI
 Update on: 6/9/2016
 30 OGOS 2016

Malaysian Community & Education Foundation (MCEF) mengadakan lawatan sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik 7PA dan 8PA sempena Hari Kebangsaan 2016.

Pelawat turut hadir bersama badut yang menghadiahkan belon kepada kanak-kanak bagi menceriakan suasana.

Terima kasih dari seluruh warga PPUM atas usaha murni MCEF....

  
MAJLIS PERASMIAN WORLD SCI DAY 2016
 Update on: 6/9/2016
 5 SEPTEMBER 2016

YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, hadir merasmikan sambutan World Spinal Cord Injury Inclusive (SCI) Day 2016 yang merupakan julung-julung kalinya diadakan di Malaysia.

Program yang dijayakan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM ini bakal berlangsung di Konkos, Menara Utama bermula 5 hingga 7 September dan akan turut melibatkan pameran yang diusahakan sendiri oleh para pesakit spinal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat menjayakan sambutan ini....

  
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA PERINGKAT SDH PPUM 2016
 Update on: 6/9/2016
 
Bermula 24 Ogos 2016 sehingga 30 Ogos 2016, Sekolah Dalam Hospital (SDH) PPUM menganjurkan sambutan Minggu Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Malaysia peringkat SDH PPUM. Sambutan berskala kecil ini tetap padat dengan pengisian aktiviti memupuk nilai patriotisme dan kecintaan kepada tanah air Malaysia yang merdeka dalam kalangan para pesakit pediatrik dan anak-anak staf PPUM yang mengikuti program khas peningkatan pelajaran bersama guru-guru SDH PPUM.

Encik Khairul Azman bin Jamaluddin, Penyelia SDH PPUM bersama guru-guru yang berdedikasi cukup bersemangat mengusahakan pelbagai inisiatif secara kreatif untuk menerapkan sifat menghargai sebuah kemerdekaan kepada para pelajar.

...

  
MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU 2016
 Update on: 6/9/2016
 26 OGOS 2016

Majlis perasmian yang bertempat di Dewan Sekapur Sireh, Aras 1, Bangunan Trauma & Kecemasan ini telah disempurnakan oleh YDH Prof. Dr. Jamiyah binti Hassan, Pengerusi Program Penyusuan Susu Ibu PPUM....

  
LAWATAN KERJA RASMI PENGURUSAN TERTINGGI PPUM KE HUSM
 Update on: 6/9/2016
 23 OGOS 2016

Pengurusan Tertinggi PPUM menghadiri lawatan kerja rasmi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Pertemuan dengan pihak pengurusan HUSM ini antara lain turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.

Terima kasih HUSM di atas layanan mesra yang diberikan....

  
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBELIAN SISTEM I-PESAKIT
 Update on: 6/9/2016
 18 OGOS 2016

Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Sistem i-Pesakit yang dibangunkan oleh PPUM. Sesi menandatangani disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato'' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor UIAM dan YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.

Majlis bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Rektori, UIAM Gombak....

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai ,
    59100 Kuala Lumpur

EMAIL

  • Email: ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
  • Fax: 03-79492030

WEBSITE

  • Website: www.ummc.edu.my