News


  
SAMBUTAN HARI PEMULIHAN CARA KERJA SEDUNIA 2016
 Update on: 28/10/2016
 

22 Oktober 2016

Bertempat di Mydin Mall, USJ, Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM berjaya mengadakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016. Sambutan yang julung kali diadakan di luar PPUM itu telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk menyertai aktiviti dan melihat pameran berkaitan pemulihan cara kerja secara lebih dekat lagi.

Perasmian majlis sambutan telah disempurnakan oleh YDH Puan Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDH Encik Muthuraman Sellathurai Pathar, Wakil Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Dato Dr. Zaliha Omar, mantan Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Lydia Abdul Latif, Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan, Encik Soh Say Beng, Pengurus Klinikal Jabatan Perubatan Pemulihan merangkap Presiden Malaysian Occupational Therapy Association (MOTA) dan Puan Norsilawati Mohd Nor, Ketua Bahagian Pemulihan Cara Kerja.

Sambutan dan pameran turut disertai Unit Tabung Darah Bergerak, Jabatan Perubatan Transfusi PPUM serta pelbagai agensi lain yang juga memberi sokongan padu pada penganjuran kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad kerana sudi memberi tajaan lokasi sebagai tanda sokongan kepada usaha murni PPUM. Tahniah Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM dan semua staf yang telah terlibat menjayakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016!

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai ,
    59100 Kuala Lumpur

EMAIL

  • Email: ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
  • Fax: 03-79492030

WEBSITE

  • Website: www.ummc.edu.my