News


  
PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH KDU COLLEGE
 Update on: 19/8/2016
 16 Ogos 2016

Kelab sukarelawan pelajar Pra-Universiti Kolej KDU Petaling Jaya, Pre-United menjayakan usaha mengumpul dana berjumlah RM13,151.00 untuk disumbangkan kepada Tabung Pesakit Kanser Kanak-kanak PPUM.

Sumbangan untuk dimanfaatkan khusus oleh pesakit onkologi pediatrik itu telah disampaikan oleh Ketua Program Pengajian Pra-Universiti KDU, Puan R. Sathyavathy kepada YDH Prof. Madya Dr. Muhammad Yazid bin Jalaludin, Ketua Jabatan Pediatrik PPUM.

Turut hadir ke majlis penyerahan sumbangan ini, YBhg Datin Rodhiah binti Zakaria, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM dan wakil Ketua Jabatan Kejururawatan, Puan Cheng Siew Ting.

Majlis penyerahan sumbangan diikuti oleh sesi lawatan dan penyerahan hadiah kepada para pesakit di Wad Pediatrik 5PA yang merupakan wad khusus bagi pesakit onkologi pediatrik PPUM.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai ,
    59100 Kuala Lumpur

EMAIL

  • Email: ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
  • Fax: 03-79492030

WEBSITE

  • Website: www.ummc.edu.my