News


  
SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2016
 Update on: 1/8/2016
 29 Julai 2016

YDH Prof. Madya Dr. Nazirah Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal) merasmikan Hari Terbuka Jabatan Perubatan Transfusi PPUM sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2016. Perasmian yang mengambil tempat di Jabatan Perubatan Transfusi, Aras 1, Menara Utama itu turut disertai oleh YDH Encik Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-ketua Jabatan PPUM.

Terdahulu, bertempat di Dewan Sekapur Sireh, YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM bersama Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Veera Sekaran, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi membuka tirai sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2016 dengan ucaptama dan penyampaian penghargaan kepada para penderma darah serta penganjur program derma darah dari organisasi luar yang sentiasa memberi kerjasama erat kepada PPUM.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai ,
    59100 Kuala Lumpur

EMAIL

  • Email: ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
  • Fax: 03-79492030

WEBSITE

  • Website: www.ummc.edu.my