S1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan rawatan di PPUM?
J1. Untuk mendapatkan rawatan di PPUM, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor atau boleh terus mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Bangunan Rawatan Utama PPUM .
S2. Berapakah bayaran Untuk mendapatkan rawatan di PPUM?
J2. Untuk pendaftaran baru di Bangunan Rawatan Utama (RUKA) ialah RM5.00 dan RM 30.00 jika di Klinik Pakar. Manakala rawatan ulangan ialah RM5.00 dan RM15.00 bagi klinik seperti diatas. Manakala bagi Pegawai Kerajaan, Pelajar Sekolah (caj wad dikenakan), Pelajar IPTA serta Pesara Kerajaan tidak dikenakan bayaran (mohon kemukakan surat pengesahan/surat jaminan).
S3. Mengapa surat jaminan diperlukan untuk mendapatkan rawatan percuma?
J3. Surat jaminan diperlukan untuk pengesahan bahawa seseorang itu benar-benar kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPTA ataupun pesara kerajaan. Bagi orang awam yang majikan berdaftar dengan PPUM sila kemukakan surat jaminan dari syaraikat.
S4. Apakah PPUM mempunyai wad mengikut kelas?
J4. Pada umumnya PPUM mengamalkan sistem wad terbuka.
S5. Perkhidmatan apakah yang ada di PPUM?
J5. Secara keseluruhannya PPUM menawarkan semua kepakaran perubatan.
S6.Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
J6. Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 250 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 500 bagi kes sakit puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 500 bagi kes perubatan atau pembedahan dan RM 1000 bagi kes sakit puan.
S7. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
J7. Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma. Pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan (mengikut penilaian oleh Pegawai Taksiran PPUM).
S8. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
J8. Kad Bantuan Bulanan, Kad Pesara, surat sekolah, surat pengesahan (eGL), salinan borang 21 yang telah disahkan oleh Pegawai PERKESO/SOCSO dan Kad pendaftaran OKU.
S9. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Trauma & Kecemasan?
J9. Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
S10. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
J10. Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak sahaja, manakala pesakit dewasa penjaga tidak dibenarkan menunggu.
S11. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
J11. Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital
Last Updated on Friday, 17 February 2012 02:16


